Senaman awal pagi sebaik bangun dari tidur. Tutup mata, tangan  diluruskan di sisi badan. Putarkan biji mata seakan-akan mahu  memerhatikan sekeliling. Lakukan lebih kurang 10 saat. Selepas itu tarik  nafas dalam-dalam, tahan nafas selama tujuh saat dan hembusnya keluar  secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak tiga kali. Tangan yang berada di  sisi badan itu harus diluruskan melampaui tubuh sambil menarik nafas.  Waktu yang diambil untuk menggerakkan tangan itu ialah selama tujuh  saat. Selepas itu kembali ke kedudukan pertama sambil menghembus nafas  secara perlahan. Senaman ini menolong mengimbangi urat saraf, meluruskan  tulang belakang serta menyusun urat-uratnya.
No comments:
Post a Comment