KEBANYAKAN orang akan berfikir, ketika  melakukan hubungan seks, lelaki hanya akan menumpukan sepenuh perhatian  kepada Kepuasan seksual sendiri semata-mata. Tetapi realitinya, lelaki  sentiasa memikirkan sama ada zakar mereka mampu berfungsi dengan baik  atau sebaliknya. Disebabkan terLalu memikirkan hal-hal tersebut, lelaki  selalunya akan mengalami masalah Kebimbangan seks yang seterusnya  mendorong berlakunya kegagalan ereksi.
Kebelakangan ini masalah tersebut boleh  dirawat menggunakan beberapa jenis dadah rangsanga seperti viagra.  Bagaimanapun, masalah penggunaan dadah ini boleh dielak jika mereka  memiliki keyakinan dan tidak terialu risau berkenaan saiz zakar mereka,
Lelaki seharusnya menerima apa yang  mereka miliki, tetapi jika saiz masih menjadi masalah, mereka boleh  mencuba beberapa teknik untuk meningkatkan rangsangan terhadap pasangan  masing-masing.Melakukan hubungan seks sememangnya mudah, cuma masukkan  tab A ke dalam slot B dan ia pasti akan berhasil. Tetapi kadangkala  senjata anda itu tidak dapat menepati saiz yang sepatutnya dan  bersesuaian dengan pasangan anda. Maka,jika anda mahukan hubungan seks  yang terbaik, tanpa rasa takut dan mahu berkongsi bersama apa yang  dirasai bersama pasangan, anda harus lakukan apa yang terbaik dan  bukannya melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan diri sendiri dan  pasangan. 
Inilah masanya untuk anda mempelajari  bagaimana menggunakan senjata sulit anda demi kepuasan yang maksimum.  Berikut adalah ciri-ciri zakar serta kelebihan dan kekurangan, pelajari  kaedah terbaik untuk mendorong dan merangsang wanita.
Ukur Lilit Lebih daripada 5.18 inci
Mungkin kita pernah mendengar masalah  sexually incompatible expression. Antara contohnya seperti zakar terlalu  besar dan vagina wanita pula terlalu kecil. la mungkin menyebabkan  wanita akan mengalami kesakitan. Oleh itu, berhati-hatilah ketika  berasmara dan melakukan hubungan kelamin. Anda seharus nya mengambil  masa lebih lama untuk berasmara untuk merangsang pasangan anda sewaktu  peringkat awal persetubuhan. Gunakan air liur atau pelincir yang  bersesuaian dan  lakukannya secara perlahan-lahan.
Kurang daripada 5.18 inci
Jika anda merasakan zakar anda kecil,  ada beberapa teknik yang boleh membantu anda dan anda perlu bijak untuk  menyesuaikan kekurangan anda dengan keadaan.Contohnya, anda boleh  memilih posisi seperti membaringkan pasangan anda di atas katil atau di  mana-mana tempat yang berbentuk horizon.
Panjang atau Pendek 
4.4 inci ke bawah
Semasa peringkat awal rangsangan, vagina  wanita akan terbuka sedikit dan bersedia untuk menerima kemasukan  zakar. Kemudian selepas beberapa ketika, ruang vagina akan mengecut  semula secara lembut. Anda boleh mengambil peluang untuk meneruskan  semula rangsangan tanpa memasukan zakar ke dalam vagina. Ketika itu  keadaan vagina akan kembali terbuka dan anda boleh menggunakan jari  untuk memberi sedikit rangsangan sebelum bersedia memasukan zakar anda.
4.4 hingga 6.5 inci
Ada orang beranggapan, saiz tidak  penting kerana yang lebih penting ialah bagaimana untuk memberikan  kepuasan maksimum kepada pasangan anda. Lelaki yang mempelajari  bagaimana untuk mengawal rentak, pasti mereka tahu bagaimana untuk  mernuaskan wanita. Kebanyakan saraf di dalam vagina terletak di bahagian  Juar. Bahagian tersebut boleh dijadikan sasaran terbaik dan secara  puratanya mampu dicapai setiap saiz zakar lelaki. Bahagian itu juga  membantu meningkatkan rangsangan dan keghairahan kedua-dua belah pihak.
6.6 inci ke atas
Anda mungkin fikir yang anda lebih  bertuah berbanding lelaki lain, tetapi kebanyakan wanita bersetuju  dengan pandangan bahawa saiz zakar yang besar boleh menimbulkan  kesakitan dan ketidakselesaan ketika melakukan hubungan seks.Kadangkala  apa yang dirasai oleh wanita mungkin sama seperti perasaan sakit yang  dirasai oleh lelaki apabila buah zakar mereka senak. Dalam erti kata  lain, jangan masukkan zakar terlalu dalam.
Tidak semua lelaki atau wanita dapat  mencapai kepuasan yang saksama, tetapi ia tidak bermakna anda tidak  boleh berkongsi perasaan seronok dan puas ketika melakukan hubungan  seks. Setiap pengalaman sebenarnya boleh dikongsi selagi anda memahami  dan menerima ciri-ciri fizikal yang anda miliki.
No comments:
Post a Comment