...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Friday, April 15, 2011

Rahsia 4 Titik Sensitif Isteri Tersembunyi Yang Perlu Suami Ketahui

Hubungan seks berkualiti boleh sahaja diwujudkan. Mengetahui dimana kawasan-kawasan titik sensitif yang mampu merangsang pasangan menjadi salah satu triknya. Bagi isteri, cubalah lebih aktif. Minta suami melayari kawasan sensitif yang dapat merangsang ghairah seks. Barangkali, anda tak menyedari di mana kawasan sensitif itu? Mungkin, bahagian itu berada di salah satu titik ini.

1. Kawasan di atas kemaluan
Pasangan boleh mencuba meneroka kawasan di atas kemaluan tempat rambut tumbuh. Pengarah Perubatan dari Pusat Pengubatan Seksual di California, Michael Krychman MD, CM, mengatakan bahawa kawasan ini dapat memberikan rasa menyenangkan pada anda jika disentuh. Untuk mendapatkan sensasi yang lebih menyenangkan, oleskan minyak botanikal yang dibuat untuk memberikan rangsangan dan efek sensitiviti. Anda tak perlu malu meminta kepada pasangan. Menurut penyelidikan di Indiana Universiti, wanita yang berfikir lebih positif keatas tubuhnya terutama bahagian sensitif yang sangat peribadi, lebih sering mengalami orgasme.

2. Di balik lutut
Anda boleh kegelian jika kawasan ini disentuh. Namun, kawasan ini merupakan hot spot seksual yang hampir dilupakan. Jika disentuh dengan cara yang “betul”, bahagian ini boleh menjadi titik erotis yang mampu membangkitkan ghairah. Minta suami anda untuk mencium, memberikan urutan lembut dengan lotion, atau dengan satu gigitan lembut.


3. Perut
Bagi sesetengah wanita, urutan di bahagian perut dapat memberikan pengalaman erotis. Amy Levine, ahli terapi seks di New York, mengatakan bahawa dalam beberapa kes, wanita juga boleh mencapai titik kemuncak dengan senaman perut.

4. Kawasan kepala
Anda menikmati sensasi tertentu ketika creambath di salun, bukan? Cubalah minta suami melakukan perkara yang sama di rumah, tetapi lebih pada aktiviti seksual. Minta suami memberikan urutan lembut di kawasan tempurung otak. Kawasan ini dikelilingi saraf yang memberikan sensitiviti ketika disentuh. Beberapa pakar berkata, memberi urutan di kawasan kepala membantu melegakan ketegangan dan meningkatkan peredaran darah.
 
Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment