SELAIN mengancam kehidupan seksual anda,  mati pucuk juga dilihat sebagai berkait rapat dengan beberapa masalah  kesihatan.Kemampuan ereksi bukanlah petunjuk kepada kesihatan yang bak  Namun sesuatu harus dilakukan apabila zakar gagal berereksi. la mungkin  satu petanda bahawa anda mempunyai masalah kesihatan.
Penyakit yang biasa berkaitan dengan  disfungsi erektil (ED) adalah masalah jantung, Menurut pakar urologi di  Sexual Medicine Society di Amerika Syarikat, Ira Sharlip, setiap jenis  penyakit kardiovaskular lebih cenderung berLaku kepada lelaki yang  mengalami masalah disfungsi ereksi.
Ereksi bergantung pada aliran darah  secara sihat ke bahagian zakar. Terdapat banyak penyakit yang  mempengaruhi pembuluh darah sehingga mengganggu aliran darah ke  zakar.Pengerasan arteri dan tekanan darah tinggi adalah dua faktor yang  mampu mengganggu aliran darah ke zakar seterusnya akan mengganggu ereksi  zakar. Apa pun ia tidak pula menunjukkan bahawa setiap orang yang  mempunyai masalah jantung itu adalah mati pucuk atau sebaliknya.
Dalam peredaran darah yang sihat, hormon  seksual testoteron juga penting untuk membolehkan zakar mencapai ereksi  dan dorongan seksual. Bagi lelaki yang mengalami disfungsi erektil,  mereka memiliki tahap testoteron yang rendah. Hal ini mungkin terjadi  disebabkan ketidak normalan tiroid, masalah hati dan ketidaknormalan  pada zakar itu sendiri.
Disfungsi erektil juga merupakan  petunjuk jelas terhadap diabetes. Penghidap dibetes yang tidak menjaga  takat gula dalarn darah boleh menyebabkan berlakunya kerosakan saraf  neurophaty dan saraf-saraf genital. Menurut National Institute of  Diabetes & Digestive & Kidney Diseases, 50 peratus daripada  penghidap diabetes memiliki masalah neurophaty. Keadaan ini lazimnya  berlaku kepada mereka yang telah berusia, obes dan penghidap tekanan  darah tinggi.
Satu kajian yang dilakukan di Barat juga  mendapati, lelaki yang berisiko sakit jantung seperti obesiti dan  mempunyai kadar kolesterol tinggi lebih berkemungkinan untuk mengalami  disfungsi erektil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kebanyakan para penyelidik bersetuju  tentang wuiudnya hubungan antara mati pucuk dengan faktor-faktor risiko  penyakit jantung sehinggakan pencegahan disfungsi erektil bererti  mencegah penyakit jantung atau mungkin sebaliknya. Kajian itu turut  disahkan oleh sekumpulan penyelidik dan disiarkan dalam Journal of the  American College of Cardiology di mana tanda-tanda berlakunya disfungsi  erektil turut dikaitkan dengan pertambahan usia, obesiti dan tahap  kolesterol tinggi.
Sementara tabiat merokok pula adalah  risiko paling biasa yang mendorong kepada masalah gangguan ereksi  sementara tekanan darah tinggi dan tahap gula dalam darah pula tidak  memiliki sebarang kaitan dengan gangguan ereksi.
Sebenarnya kehidupan seks yang baik  tidak hanya melibatkan teknik semata-mata, namun menjaga pemikiran dan  tubuh badan yang sihat juga mampu untuk meningkatkan kualiti di tempat  tidur. Sesuailah dengan pendapat ramai pakar bahawa orang yang mempunyai  kehidupan yang sihat dari segi mental dan fizikal juga memiliki  kehidupan seks yang baik.
Semua ini boleh dikecapi dengan  mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur di samping bersenam,  mengurangkan stress, beristirahat dan tidur yang cukup iaitu  sekurang-kurangnya lapan jam.
Walaupun belum terdapat bukti untuk  mengaitkan antara pola makanan yang seimbang dengan penampilan di  ranjang, banyak kajian selama ini menunjukkan hasil yang positif.  Daripada apa yang kita tahu atau fahami, mengambil makanan yang tidak  seimbang sememangnya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mungkin  menyebabkan impak negatif pada kehidupan seksual. Penyelidikan yang  dibuat ke atas binatang menunjukkan ketinggian tahap kalori menyebabkan  kurangnya kekebalan. Ini mengakibatkan penyakit mudah datang dan menjadi  halangan besar untuk hubungan intim berkualiti.
Menurut American Council on Exercise  (ACE), aktiviti olahraga adalah viagra semulajadi yang dapat  meningkatkan sebenarnya kualiti seksual. Dianjurkan untuk bersenam  selama 20 hingga 30 minit sehari. Lelaki dan wanita yang melakulkan  senaman secara teratur memiliki keinginan seksual yang tinggi,  meningkatkan kepercayaan diri, mampu mencapai orgasma dan kepuasan  seksual yang lebih besar
Bagi kebanyakan orang, hubungan intim  pasti memerlukan tenaga dan mood yang bak Walaupun tidak ada hubungan  secara langsung antara tidur dengan kehidupan seks, Polling National  Sleep Foundation (NSF) tahun 2002 mendapati mood seseorang dipengaruhi  jurnlah tidur yang mereka perolehi. Individu yang tidur kurang daripada  enam jam besar kemungkinan terdedah kepada masalah stress, sedih dan  marah. Berbanding mereka yang tidur daripada lebih lapan jam sehari,  mereka lebih segar dan berkeyakinan.
Organ paling penting dalam kehidupan  manusia adalah otak. Dari otaklah segala bentuk tindakan dan perasaan  diatur termasuk aktiviti seksual. Otak jugalah yang dapat mengawal  seseorang agar sentiasa fokus kepada aktiviti di ranjang. Kehidupan seks  memerlukan istirahat kerana tidak mungkin bagi kita untuk menikmati  hubungan seks bila ada stress dan sibuk dengan pekerjaan.

No comments:
Post a Comment