...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Wednesday, April 13, 2011

Kulit Merah Jambu



Anda mendapati perubahan corak dan warna kulit penghujung alat sulit anda yang mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini yang tentu membuatkan anda rasa cemas kerana takut jika itu tanda jangkitan.

Lelaki yang biasa dengan pengamalan pemeriksaan kendiri anggota kelamin dari semasa ke semasa akan mudah mengesan perubahan yang berlaku kepada anggota kelamin mereka.

Soalnya ialah sama ada perubahan itu serius atau yang tidak perlu dirisaukan. Ini hanya dapat diketahui melalui pemeriksaan doktor kerana memang sukar menentukan masalah sebenar tanpa merujuk kepada doktor.

Perubahan kulit pada penghujung anggota kelamin seperti yang anda alami boleh berlaku secara kebetulan. Kulit penghujung alat kelamin itu jenis kulit lapisan mukosa yang tipis dan tanpa tisu sokongan di bawah.

Warna kulit bahagian itu boleh berubah daripada cerah kepada warna gelap dan corak kulit juga boleh berubah kepada corak kering, menggerutu, tipis atau pudar.

Perkara yang boleh membuatkan perubahan kulit itu berlaku mungkin daripada situasi berikut, iaitu alahan, trauma (akibat tekanan kepada kulit), jangkitan kulit akibat kulat, radang kulit setempat akibat jangkitan kulit setempat, penyakit kulit psoriasis, penyakit kulit lichen atau penyakit jangkitan kelamin.

Jadi bukan mudah untuk menentukan masalah sebenar perubahan kulit itu kecuali selepas diperiksa doktor.

Memang tepat tindakan anda mengelak bersetubuh dengan pasangan kerana khuatir pasangan terkena masalah yang anda alami.


Jangan lengah-lengah lagi, jika perubahan kulit masih kekal jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan

Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment