...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Tuesday, May 24, 2011

Against All Odds

How can I just let you walk away, 
just let you leave without a trace
When I stand here taking every breath with you, ooh
You’re the only one who really knew me at all

How can you just walk away from me,

When all I can do is watch you leave
Cos we’ve shared the laughter and the pain and even shared the tears
You’re the only one who really knew me at all

So take a look at me now, oh there’s just an empty space

And there’s nothing left here to remind me,
Just the memory of your face
Ooh take a look at me now, well there’s just an empty space
And you coming back to me is against all odds and that’s what I’ve got to face

I wish I could just make you turn around,

Turn around and see me cry
There’s so much I need to say to you,
So many reasons why
You’re the only one who really knew me at all

So take a look at me now, well there’s just an empty space

And there’s nothing left here to remind me, just the memory of your face
Now take a look at me now, cos there’s just an empty space

But to wait for you, is all I can do and that’s what I’ve got to face

Take a good look at me now, cos I’ll still be standing here
And you coming back to me is against all odds
It’s the chance I’ve gotta take

Take a look at me now

By : Phil Collins 

Apakah Jangkitan Seksual (STIs) ?

Jangkitan Seksual adalah jangkitan penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Penyakit ini juga boleh merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan. Terdapat juga STI yang merebak melalui jarum suntikan seperti AIDS dan Hepatitis B

Bagaimana anda mendapat STIs?

Anda boleh mendapat STIs dari mereka yang dijangkiti melalui :

  • Perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan samada melalui vagina, dubur atau seks oral
  • Ciuman
  • Menyentuh kawasan yang dijangkiti
  • Berkongsi jarum (contohnya penyakit AIDS dan Hepatitis B) Bagaimana anda melindungi diri anda?

Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari perhubungan seks.

  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
  • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan perhubungan seks, amalkan perhubungan seks yang selamat.
  • Taat pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar pasangan.
  • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan STI's, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
  • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Apakah tanda dan gejala STIs?

Wanita mengalami gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk.  Ini termasuklah :

  • Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Ulser di mulut atau alat kelamin
  • Gatal pada kawasan kemaluan
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Bengkak pada pangkal peha
  • Kulit yang berkutil atau berketuat

Apakah jenis STIs yang biasa berlaku?

Berikut adalah jenis-jenis STIs yang biasa berlaku :

  • Chlamydia
  • Gonorrhoea
  • Herpes Genitalis
  • Syphillis
  • Genital Warts
  • Chancroid
  • Non Spesific Urethritis
  • Hepatitis B
  • Human Papilloma viruses

 Bolehkah anda pulih dari STIs?

    • Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat STIs.
    • Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya.
    • STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya.
    • Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
    • Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan.

Apakah komplikasi STIs?

STIs boleh mengakibatkan :

  • Penyakit Radangan Pelvik (PID)
  • Kemandulan
  • Kandungan di luar rahim
  • Kanser servik
  • Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
  • Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir 
  •  
Sumber : http://jknns.moh.gov.my

    Penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)

    Apa itu AIDS?

    • AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
     Human Immunodeficiency Virus (HIV)
    • Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

     Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?

    HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (Sel CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

    Kaitan antara paras CD4 dan peringkat penyakit

    1. Peringkat Primer
    Berlaku 2 - 4 minggu selepas jangkitan berlaku, hanya 50% mempunyai simptom seperti: selsema, kelenjar membengkak, ruam pada badan, demam, hilang selera makan, hilang berat badan, berpeluh diwaktu malam, sakit kepal dan lesu. Berakhir kira-kira 1- 2 minggu.
    Seroconversion (Window period)

    Bila virus memasuki tubuh, sistem daya tahan badan akan membentuk antibodi. Jangkamasa dari virus masuk ke dalam badan hingga mula nya terbentuk antibodi yang dapat dikesan oleh ujian mengambil masa 3 minggu hingga 6 bulan. Dalam waktu ini, pesakit boleh menjangkitkan orang lain jika terus mengamalkan tingkahlaku berisiko
    2. Peringkat Asimptomatik

    Pesakit tiada tanda-tanda dan gejala yang ketara. Individu kelihatan seperti biasa dan nampak sihat. Tempoh pengeraman : 5 hingga 8 tahun tetapi replikasi virus HIV  adalah berterusan. Risiko infeksi tinggi  dan paras sel CD4 menurun berterusan.
    3. Peringkat Simptomatik

    Pertahanan tubuh menjadi sangat lemah dan hampir lumpuh. Gejala-gejala yang dihidapi adalah seperti :
        • Kehilangan berat badan melebihi 10%
        • Demam berpanjangan melebihi 3 bulan
        • Cirit-birit berpanjangan
        • Pembengkakan kelenjar
        • Jangkitan kayap (multi-dermatomal)
    4. Peringkat AIDS
    Ataupun “Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit” merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahap ini sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan penyakit telah dilumpuhkan oleh virus HIV . Paras CD4 < 200 sel


     oral candidiasis
     esophageal candidiasis
    fungal infection     
                           (Penicillium Marneffei)
     waisting
     herpes simplex (HSV1)  herpes simplex(HSV2)
     psoriasis  kaposi sarcoma
     pulmonary TB   toxoplasmosis
      pneumocystis   carinii pneumonia
    herpes zoster

    Bagaimana anda dijangkiti HIV?

    Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah dengan bendalir badan individu yang HIV positif. Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah : darah , cecair faraj, air mani dan susu ibu . Bendalir yang dijangkiti ini boleh merebak ke tubuh badan seseorang semasa :
    • Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
    • Berkongsi jarum atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif
    • Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu

    Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui kegiatan seksual pasangan anda.
    Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan. Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:
    • Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit kelamin?
    • Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia mempunyai pasangan lain?
    • Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah?
    • Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?
    Dalam pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :
    • Adakah anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya yang lain?
    • Adakah anda yakin status kesihatan anda?
    • Adakah anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah?
    • Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?
    • Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Anda berhak dan bertanggungjawab meminta pasangan anda menggunakan kondom bila mengadakan hubungan seks. Seorang wanita menghadapi kemungkinan dijangkiti HIV tiga hingga lapan kali lebih tinggi daripada lelaki bila melakukan seks faraj tanpa

     Bagaimana jangkitan HIV dikesan?

    Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari. Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.

     Bolehkah ia dirawat?

    Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya. Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.

    Sumber : http://jknns.moh.gov.my

    Aware 2 Swear















    Akibat Seks Tidak Selamat...Herpes

    Penyakit Herpes Genital

    Apa itu Herpes Genital?

    • Jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2 (HSV 1 and 2)
    • Kebanyakan disebabkan oleh HSV 2.
    • HSV 1 disebar melalui :
      • Berkongsi perkakas makan
      • Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)
      ulser di tepi bibir
    • HSV 2 disebar melalui hubungan seks vagina ,oral atau dubur
     ulser di tepi dubur
    • Awas, virus ini masih boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.
    • Setelah dijangkiti, virus ini akan kekal di dalam badan sehinggalah ia dirawat.

    Bagaimana anda tahu anda dijangkiti herpes?

    Sesetengah individu tidak menunjukkan sebarang gejala/tanda. Walau bagaimanapun sesetengah dari mereka mungkin mengalami gejala seperti :
    • Gatal atau sakit yang berlaku setelah beberapa hari terdedah kepada virus.
    • Kemudian menjadi ruam yang bertukar menjadi merah dan melepuh pada bahagian :
      • Vagina
      • Punggung
      • Dubur
      • Buah zakar
      • Penis
    angry ulser pada penis
    • Ruam yang melepuh kemudiannya akan pecah mengeluarkan cecair atau darah dan akhirnya sembuh 2 hingga 4 minggu kemudian.
    • HSV 1 menyebabkan ruam/ulser pada mulut, bibir atau hidung.
    • Gejala seperti demam dan bengkak pada kelenjar limfa mungkin berlaku.

    Apakah yang berlaku kemudian?

    • Setelah ruam yang melepuh itu sembuh (samada dengan rawatan atau secara spontan), virus ini akan kekal berada dalam badan tetapi tidak aktif (dorman).
    • Apabila sistem pertahanan badan anda rendah, ia akan diaktifkan semula dan menyebabkan ulser yang sangat sakit dan menyiksa.
    • Sistem pertahanan badan kita rendah apabila :
      • Kita merasa penat/lesu dan stres
      • Kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat
      • Semasa haid
      • Episod ulser ulangan adalah kurang teruk dan sembuh dalam jangkamasa yang lebih pendek.

    Bagaimana Herpes Genital dirawat?

    • Setakat ini tiada ubat untuk Herpes Henital
    • Walau bagaimanapun doktor akan memberi anda ubatan antivirus untuk mengawal jangkitan ulangan dan merawat ulser/ruam yang melepuh

    Apakah komplikasi jangkitan ini?

    • Herpes Genital meningkatkan risiko jangkitan HIV
    • Jika jangkitan herpes aktif semasa proses kelahiran, bayi berisiko untuk dijangkiti penyakit
    • Jangkitan Herpes pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak), sawan dan kerosakan otak

    Bolehkah kita mencegah Herpes Genital?

    Herpes Genital dapat dicegah melalui :
    • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
    • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
      • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
      • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Herpes Genital, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
      • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
    • Jika anda juga mengidap penyakit Herpes Genital pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
    Sumber : http://jknns.moh.gov.my

    Aware 2 Swear







    Akibat Seks Tidak Selamat...Sifilis

    Penyakit Sifilis

    Apa itu Sifilis?

    • Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'spirochete'
           spirochete
    • Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina
    • Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan

     Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?

    Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

    Peringkat 1

    • Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada vagina , dubur , penis atau mulut
    • Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas beberapa minggu
    • Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
    • Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran 'chancre' yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian
     ulser pada penis

     Peringkat 2

    • Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki.
      ruam di kedua-dua belah tapak tangan
    Syphilis ruam di kedua-dua belah tapak kaki
    syphilis ruam di badan
    • Ulser boleh timbul pada bibir , mulut , kerongkong ,vagina  dan dubur
    • Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku.
    • Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan

     Peringkat 3

    • Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
    • Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

    Peringkat 4

    • Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu 'Tertiary Syphilis'
    • Kuman 'Spirochetes' telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan : otak , jantung , saraf tunjang , tulang

    Di antara gejala-gejalanya adalah:
    • Kesukaran untuk berjalan
    • Kebas
    • Buta secara beransur
    • Kematian

     Apakah komplikasi Sifilis?

    • Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
    • Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawati lagi
    • Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir.

     Bagaimana Sifilis dirawat?

    • Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
    • Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
    • Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
    • Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati lagi

     Bagaimana Sifilis dicegah?

    Sifilis dapat dicegah melalui :
    • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
    • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
      • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
      • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Sifilis, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
      • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
    Jika anda juga mengidap penyakit Sifilis pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

    Sumber : http://jknns.moh.gov.my

    Penyakit Ketuat Genital

    Apakah itu Ketuat Genital?

    Ketuat kemaluan disebabkan oleh virus yang digelar Human Papilloma Virus (HPV). Ianya boleh merebak melalui:
    • Hubungan seks (vagina, oral, dubur)
    • Dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran

     Apakah ciri-ciri Ketuat Genital?

    Kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak mengalami sebarang tanda/gejala. Ketuat mungkin timbul 3 minggu hingga 3 bulan selepas terdedah dari jangkitan.
    Ketuat ini:
    • Berwarna merah jambu atau berwarna kulit
    • Lembut
    • Mungkin timbul atau rata
    • Mungkin timbul secara berkumpulan atau bersendirian
    Bagi wanita, ia tumbuh di bahagian vagina, dubur ataupun pangkal rahim/servik manakala bagi lelaki, ia tumbuh di bahagian penis ataupun buah zakar. Ketuat boleh kekal di dalam tubuh badan untuk jangkamasa yang panjang tanpa memberi sebarang masalah.

     Adakah kemungkinan untuk mendapat komplikasi?

    Ya, jika tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih besar dan lebih banyak lagi.
    Bagi wanita, ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.

     Bagaimana Ketuat Genital dirawat?

    Ketuat mungkin hilang secara spontan. Jika jangkitan disyaki, buat pemeriksaan doktor. Doktor dapat mengesan kehadiran virus ketuat (HPV), walaupun tiada ketuat dengan membuat PAP smear bagi wanita. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan menggunakan ubat topikal khas yang disapu pada dikulit. Jika ketuat adalah besar, doktor boleh membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen atau terapi laser. Ketuat mungkin berulang jika HPV masih terdapat di bahagian kulit.

     Bolehkah Ketuat Genital dicegah?

    Ketuat Genital boleh dicegah melalui :
    • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
    • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat. 



    Sumber : http://jknns.moh.gov.my

    Aware 2 Swear



    Akibat Seks Tidak Selamat... Gonorea

    Penyakit Gonorea

    Apa itu Gonorea?

    • Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.
    • Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.

     

    Bagaimana anda tahu seseorang itu mengidap Gonorea?

    Pada remaja perempuan :
    • Mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami gejala ringan sehinggalah penyakit ini menjadi lebih teruk
    • Mereka mungkin merasa sakit ketika membuang air kecil atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari vagina/faraj
    • Mereka mungkin mengalami pendarahan antara kitaran haid (Intermenstrual Bleeding)
    • Jika jangkitan ini merebak ia akan mengakibatkan Penyakit Radangan Pelvik (PID).
    Pada remaja lelaki :
    angry Lelehan nanah dari penis
    • Mereka lebih mudah mengesan gejala penyakit :
      • Merasa sakit ketika membuang air kecil
      • Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan(nanah) dari salur kencing
    • Gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi remaja perempuan gejala akan timbul lebih lambat lagi  

       

    Adakah ia mempunyai komplikasi yang teruk?

    • Gonorea lebih bahaya jika tidak dirawat
    • Bagi remaja perempuan, ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik (PID)
    • Bagi remaja lelaki ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak
    • Ia juga boleh mengakibatkan kemandulan disebabkan parut pada saluran pembiakan

     

    Bolehkah Gonorea dirawat?

    • Tentunya boleh
    • Jika anda dan pasangan anda menghidap gonorea, dapatkan rawatan doktor
    • Doktor akan mengambil cecair dari kemaluan untuk membuat analisa
    • Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan untuk anda dan pasangan anda
    • Pengambilan antibiotik boleh memulihkan anda tetapi ia tidak dapat mencegah anda dari dijangkiti Gonorrhoea lagi
    • Anda boleh dijangkiti semula jika anda terdedah kepada jangkitan ini
    Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
    • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
    • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat. 
    Sumber : http://jknns.moh.gov.my

    Petua Menggunakan Kondom

    bullet
    Gunakan kondom yang bermutu baik.
    bullet
    Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.
    bullet
    Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
    bullet
    Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
    bullet
    Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.
    bullet
    Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
    bullet
    Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
    bullet
    Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda.
    Sumber : http://www.ptfmalaysia.org