Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang  ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik  nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan.  Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan  kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di bahagian yang melengkung).  Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang  dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara  perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan  gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari  kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap  disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan  tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki.  Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat  terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.

No comments:
Post a Comment