...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...
...it's all about loving yourself...
Stop AIDS! Keep The Promise
GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.
  
...it's all about loving yourself...
Stop AIDS!
GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.
Friday, April 15, 2011
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Keempatbelas
Antara penyebab lelaki mengalami gejala ejakulasi pra-matang adalah  disebabkan rasa ngilu dan geseran pada kepala dan batang zakar. Gerakan  ini dilakukan ketika zakar masih tegang di waktu pagi. Gerakan ini akan  mengasah kepala zakar, membiasakannya pada geselan. Dengan melatihnya,  rasa sensitif sewaktu jimak akan dapat dikurangkan. Tarik nafas hingga  penuh paru-paru. Pegang batang zakar dengan agak kuat supaya darah  tertumpu ke kepala zakar dan ini menyebabkan kepala zakar mengembang.  Dengan menggunakan perut tapak kaki, gosok atau asah kepala zakar ke  arah hujungnya. Ketika melakukan ini tahan nafas, lalu hembuskan.  Lakukan sebanyak tiga kali.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Ketigabelas
Senaman awal pagi sebaik bangun dari tidur. Tutup mata, tangan  diluruskan di sisi badan. Putarkan biji mata seakan-akan mahu  memerhatikan sekeliling. Lakukan lebih kurang 10 saat. Selepas itu tarik  nafas dalam-dalam, tahan nafas selama tujuh saat dan hembusnya keluar  secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak tiga kali. Tangan yang berada di  sisi badan itu harus diluruskan melampaui tubuh sambil menarik nafas.  Waktu yang diambil untuk menggerakkan tangan itu ialah selama tujuh  saat. Selepas itu kembali ke kedudukan pertama sambil menghembus nafas  secara perlahan. Senaman ini menolong mengimbangi urat saraf, meluruskan  tulang belakang serta menyusun urat-uratnya.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Keduabelas
Sesetengah orang memanggil gerakan ini sebagai senaman kucing. Duduk di  atas kedua belah kaki dengan membongkokkan badan ke hadapan sambil  meluruskan tangan ke hadapan. Lakukannya hingga terasa regangan pada  belakang badan. Kemudian bangun secara perlahan-lahan, dalam masa yang  sama masih mengekalkan kedudukan kaki. Kedua-dua belah tapak tangan  ditapakkan secara bertentangan, satu mengarah ke dalam badan dan satu  mengarah ke hadapan. Bongkokkan belakang badan dan henjutkannya hingga  paras separuh bangkit beberapa kali secara perlahan-lahan. Nafas ditarik  sebaik gerakan bermula dan dihembuskan sebaik gerakan berakhir.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Kesebelas
Senaman ini agak mencabar sedikit. Lipat kedua-dua kaki di bawah  punggung. Kemudian merebahkan badan sambil kedua belah tangan diluruskan  sehingga terasa tegang di bahagian belakang badan, paha dan otot betis.  Tarik nafas secara perlahan-lahan dan tahannya selama tujuh saat  sebelum ia dilepas keluar. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Kesepuluh
Duduk bersila sambil kedua-dua tapak kaki ditemukan. Tarik nafas secara  perlahan-lahan sambil badan direbahkan ke hadapan dan meluruskan  kedua-dua belah tangan hingga mencecah lantai. Pastikan anda terasa  tegang pada bahagian belakang dan paha. Tahan nafas selama tujuh saat  dan kembalikan ke kedudukan asal sambil nafas dilepaskan secara  perlahan-lahan. Lakukan ulangan gerakan sehingga tiga kali.
Sumber : http://ms.wikipedia.org
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Kesembilan
Duduk bersila sambil mengarahkan kedua-dua belah tangan ke belakang  badan. Dalam masa yang sama cuba capai atau temukan kedua-dua  jari-jemari tersebut. Selepas itu nafas ditarik secara perlahan-lahan  dan menahannya selama tujuh saat sebelum menghembusnya keluar, Lakukan  gerakan yang sama pada kedudukan tangan yang berlainan.
 Sumber : http://ms.wikipedia.org
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Kelapan
Baringkan badan secara meniarap. Luruskan badan dan bangunkan separuh  badan iaitu pinggang ke atas dengan menapakkan kedua belah tapak tangan  sambil pinggang dan belakang terasa tegang. Tarik nafas sewaktu gerakan  ini dilakukan, tahan nafas selama tujuh saat sebelum melepaskannya.  Lakukan sebanyak tiga kali.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Ketujuh
Kembangkan jari-jari tangan dan susun supaya ibu jari tangan kiri mencecah cuping telinga kanan. Ibu jari tangan kanan pula mencecah jari kelingking tangan kiri. Tarik nafas, bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan cecahkan jari kelingking kanan itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan gerak cecahan itu sebanyak tujuh kali sambil nafas ditahan. Selepas itu lepas nafas secara perlahan-lahan sambil mengangkat semula kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gerakan, pastikan kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan kaki kiri.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Keenam
Tenaga akan tertumpu pada urat bahu, leher serta urat paha dan betis.  Lutut kaki yang diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan,  begitu juga bagi kedua belah tangan. Duduk dengan meluruskan kaki kanan  dan lipatkan kaki kiri. Henjutkan secara perlahan-lahan serta lembut  bagi mencapai ibu kaki. Lakukan henjutan sebanyak tujuh kali sebelum  menu-kar ke arah yang seterusnya.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Kelima
Duduk bersila dan tegakkan belakang. Tekan otot pinggang dan* arah  belakang dengan tapak tangan sambil menarik nafas. Secara perlahan, urut  otot pinggang hingga ke rusuk dada. Lakukan sambil nafas ditahan. Bawa  tangan ke depan dan ke atas sehingga dapat dilepaskan lurus ke atas  kepala. Selepas itu barulah nafas dihembus.
Kebaikan :
Gerakan ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta  rusuk, tengkuk dan leher, dalam waktu yang sama merangsang pengaliran  darah supaya lebih lancar.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Keempat
Duduk bersila dan tegakkan belakang. Tarik nafas sambil tangan kanan  didepa separas bahu dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas.  Manakala tangan kiri di angkat separas bahu juga ke arah sisi badan.  Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali sebelum nafas dihembus keluar.
Sumber : http://ms.wikipedia.org
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Ketiga
Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang  ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik  nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan.  Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan  kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di bahagian yang melengkung).  Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang  dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara  perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan  gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari  kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap  disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan  tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki.  Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat  terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.
Senaman Tradisi Melayu - Senaman Kedua
Duduk dalam keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga paru-paru  terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan  kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan kanan) supaya lutut  dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat termampu. Pada  waktu yang sama, kemut otot zakar sepaya kepala zakar kembang. Tahan  nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan  gerakan ini sebanyak tiga kali.
Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha dan akhirnya gerakan melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini bertujuan untuk rnengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di sini. la juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan supaya urutan dibuat menggunakan minyak urut.

Senaman Tradisi Melayu - Senaman Pertama
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di  atas lutut dan bahu harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya  hingga paru-paru terasa penuh dengan udara. Tahan nafas dan biarkan  udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.
Kebaikan:
Senaman ini seelok-eloknya dilakukan di subuh hari kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks.

Rahsia 4 Titik Sensitif Isteri Tersembunyi Yang Perlu Suami Ketahui
Hubungan seks berkualiti boleh sahaja diwujudkan. Mengetahui dimana kawasan-kawasan titik sensitif yang mampu merangsang pasangan menjadi salah satu triknya. Bagi isteri, cubalah lebih aktif. Minta suami melayari kawasan sensitif yang dapat merangsang ghairah seks. Barangkali, anda tak menyedari di mana kawasan sensitif itu? Mungkin, bahagian itu berada di salah satu titik ini.
 
1. Kawasan di atas kemaluan
Pasangan boleh mencuba meneroka kawasan di atas kemaluan tempat rambut tumbuh. Pengarah Perubatan dari Pusat Pengubatan Seksual di California, Michael Krychman MD, CM, mengatakan bahawa kawasan ini dapat memberikan rasa menyenangkan pada anda jika disentuh. Untuk mendapatkan sensasi yang lebih menyenangkan, oleskan minyak botanikal yang dibuat untuk memberikan rangsangan dan efek sensitiviti. Anda tak perlu malu meminta kepada pasangan. Menurut penyelidikan di Indiana Universiti, wanita yang berfikir lebih positif keatas tubuhnya terutama bahagian sensitif yang sangat peribadi, lebih sering mengalami orgasme.
2. Di balik lutut
Anda boleh kegelian jika kawasan ini disentuh. Namun, kawasan ini merupakan hot spot seksual yang hampir dilupakan. Jika disentuh dengan cara yang “betul”, bahagian ini boleh menjadi titik erotis yang mampu membangkitkan ghairah. Minta suami anda untuk mencium, memberikan urutan lembut dengan lotion, atau dengan satu gigitan lembut.
 
 3. Perut
Bagi sesetengah wanita, urutan di bahagian perut dapat memberikan pengalaman erotis. Amy Levine, ahli terapi seks di New York, mengatakan bahawa dalam beberapa kes, wanita juga boleh mencapai titik kemuncak dengan senaman perut.
4. Kawasan kepala
Anda menikmati sensasi tertentu ketika creambath di salun, bukan? Cubalah minta suami melakukan perkara yang sama di rumah, tetapi lebih pada aktiviti seksual. Minta suami memberikan urutan lembut di kawasan tempurung otak. Kawasan ini dikelilingi saraf yang memberikan sensitiviti ketika disentuh. Beberapa pakar berkata, memberi urutan di kawasan kepala membantu melegakan ketegangan dan meningkatkan peredaran darah.

Wednesday, April 13, 2011
Rahsia Ubat Lemah Syahwat ...Tahan Lama
Bahan untuk amalan petua tahan lama
i. 3 biji telur ayam kampung
ii. 5 ulas bawang merah
iii. 5 ulas bawang putih
Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;
1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.
2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.
4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.
5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.
6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.
7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.
Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama.
Selamat Mencuba

Subscribe to:
Comments (Atom)