Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT.      Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks,      homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV.      Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.
     SEKS YANG SELAMAT      ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda      dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak      berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi      untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah      dijangkiti HIV melalui ciuman.
     PERSETUBUHAN      Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlindungan.      Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi      banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi      tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih      wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan      melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia      berlangsung seketika sahaja.
     SEKS MELALUI MULUT      (ORAL SEKS) Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang      mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko      ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda      bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani      tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak      terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah      selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.
 Sumber :  http://www.ptfmalaysia.org
No comments:
Post a Comment