Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan      pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan      atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan      berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati      kehendak dan batasan anda.
     Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan      membuat persediaan untuk perhubungan seks.
     Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang      selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak      selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi      kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda      tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut,      pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.
     Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK      selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu      supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi      sedemikian.
     SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan      perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.
 Sumber : http://www.ptfmalaysia.org

No comments:
Post a Comment