Apa itu AIDS?
- AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
 
 Human          Immunodeficiency Virus (HIV)- Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.
 
Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?
HIV merosakkan sel pertahanan tubuh  badan yang dipanggil 'CD4  helper lymphocyte'  (Sel CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan  kepada sel-sel sistem  pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka  untuk melawan  organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4  dan  mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam  proses  ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan  jangkitan lain.  Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan  pelbagai jangkitan dan  boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu  contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh  melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
Kaitan antara paras CD4 dan peringkat penyakit

1. Peringkat Primer
Berlaku 2 - 4 minggu selepas jangkitan berlaku, hanya 50% mempunyai simptom seperti: selsema, kelenjar membengkak, ruam pada badan, demam, hilang selera makan, hilang berat badan, berpeluh diwaktu malam, sakit kepal dan lesu. Berakhir kira-kira 1- 2 minggu.
Seroconversion (Window period)
Bila virus memasuki tubuh, sistem daya tahan badan akan membentuk antibodi. Jangkamasa dari virus masuk ke dalam badan hingga mula nya terbentuk antibodi yang dapat dikesan oleh ujian mengambil masa 3 minggu hingga 6 bulan. Dalam waktu ini, pesakit boleh menjangkitkan orang lain jika terus mengamalkan tingkahlaku berisiko
2. Peringkat Asimptomatik
Pesakit tiada tanda-tanda dan gejala yang ketara. Individu kelihatan seperti biasa dan nampak sihat. Tempoh pengeraman : 5 hingga 8 tahun tetapi replikasi virus HIV adalah berterusan. Risiko infeksi tinggi dan paras sel CD4 menurun berterusan.
3. Peringkat Simptomatik
Pertahanan tubuh menjadi sangat lemah dan hampir lumpuh. Gejala-gejala yang dihidapi adalah seperti :

- Kehilangan berat badan melebihi 10%
 - Demam berpanjangan melebihi 3 bulan
 - Cirit-birit berpanjangan
 - Pembengkakan kelenjar
 - Jangkitan kayap (multi-dermatomal)
 
4. Peringkat AIDS 
Ataupun “Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit” merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahap ini sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan penyakit telah dilumpuhkan oleh virus HIV . Paras CD4 < 200 sel

![]() oral candidiasis  |              esophageal                candidiasis |          
 fungal                infection     (Penicillium Marneffei)  |              waisting |          
  herpes                simplex (HSV1) |              herpes                simplex(HSV2) |          
  psoriasis |              kaposi                sarcoma |          
  pulmonary                TB |                              toxoplasmosis |          
                  pneumocystis   carinii pneumonia |            ![]() herpes zoster  |          
Bagaimana anda dijangkiti HIV?
Anda boleh dijangkiti HIV jika  anda terdedah  dengan bendalir badan individu yang HIV positif. Bendalir badan  yang  boleh menyebarkan virus ini adalah : darah  , cecair faraj, air mani dan susu ibu . Bendalir yang dijangkiti ini boleh  merebak ke tubuh badan seseorang semasa :
- Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
 - Berkongsi jarum atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif
 - Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu
 
Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui  kegiatan seksual pasangan anda.
Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan. Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:
Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan. Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:
- Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit kelamin?
 - Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia mempunyai pasangan lain?
 - Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah?
 - Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?
 
Dalam  pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :
- Adakah anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya yang lain?
 - Adakah anda yakin status kesihatan anda?
 - Adakah anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah?
 - Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?
 
- Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Anda berhak dan bertanggungjawab meminta pasangan anda menggunakan kondom bila mengadakan hubungan seks. Seorang wanita menghadapi kemungkinan dijangkiti HIV tiga hingga lapan kali lebih tinggi daripada lelaki bila melakukan seks faraj tanpa
 
Bagaimana jangkitan HIV dikesan?
Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian  darah akan  mengambil masa beberapa hari. Keputusan anda adalah sulit.  Anda juga boleh  mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut  mengenai jangkitan HIV dan  pencegahannya.
Bolehkah ia dirawat?
Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat  dipulih  sepenuhnya. Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan   pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus  hidup  sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.
        
 esophageal                candidiasis
fungal                infection     
 waisting
 herpes                simplex (HSV1)
 herpes                simplex(HSV2)
 psoriasis
 kaposi                sarcoma
 pulmonary                TB
                 toxoplasmosis
                 pneumocystis   carinii pneumonia

No comments:
Post a Comment