Apakah itu Ketuat Genital?
Ketuat kemaluan disebabkan oleh virus  yang digelar Human  Papilloma Virus (HPV). Ianya boleh merebak melalui: 
- Hubungan seks (vagina, oral, dubur)
 - Dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran
 
Apakah ciri-ciri Ketuat Genital?
Kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak  mengalami  sebarang tanda/gejala. Ketuat mungkin timbul 3 minggu hingga 3  bulan  selepas terdedah dari jangkitan.
Ketuat ini:
Ketuat ini:
- Berwarna merah jambu atau berwarna kulit
 - Lembut
 - Mungkin timbul atau rata
 - Mungkin timbul secara berkumpulan atau bersendirian
 
        Bagi wanita, ia tumbuh di bahagian   vagina, dubur ataupun pangkal rahim/servik manakala bagi lelaki, ia  tumbuh di  bahagian penis ataupun buah zakar. Ketuat boleh kekal di  dalam tubuh badan  untuk jangkamasa yang panjang tanpa memberi sebarang  masalah.
Adakah kemungkinan untuk mendapat komplikasi?
Ya, jika tidak dirawat, ketuat akan  tumbuh dengan lebih besar dan lebih banyak lagi.
Bagi wanita, ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.
Bagi wanita, ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.
Bagaimana Ketuat Genital dirawat?
Ketuat mungkin hilang secara spontan. Jika   jangkitan disyaki, buat pemeriksaan doktor. Doktor dapat mengesan  kehadiran  virus ketuat (HPV), walaupun tiada ketuat dengan membuat PAP  smear bagi wanita.  Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan menggunakan  ubat topikal khas yang  disapu pada dikulit. Jika ketuat adalah besar,  doktor boleh membekukannya  dengan menggunakan cecair nitrogen atau  terapi laser. Ketuat mungkin berulang  jika HPV masih terdapat di  bahagian kulit.
Bolehkah Ketuat Genital dicegah?
Ketuat Genital boleh dicegah melalui :
- Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
 - Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
 
Sumber : http://jknns.moh.gov.my

No comments:
Post a Comment