Apa itu Herpes Genital?
- Jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2 (HSV 1 and 2)
 - Kebanyakan disebabkan oleh HSV 2.
 - HSV 1 disebar melalui :
 - Berkongsi perkakas makan
 - Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)
 
           ulser di tepi bibir- HSV 2 disebar melalui hubungan seks vagina ,oral atau dubur
 
 ulser          di tepi dubur- Awas, virus ini masih boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.
 - Setelah dijangkiti, virus ini akan kekal di dalam badan sehinggalah ia dirawat.
 
Bagaimana anda tahu anda dijangkiti herpes?
Sesetengah individu tidak menunjukkan  sebarang  gejala/tanda. Walau  bagaimanapun sesetengah dari mereka mungkin  mengalami gejala seperti :
- Gatal atau sakit yang berlaku setelah beberapa hari terdedah kepada virus.
 - Kemudian menjadi ruam yang bertukar menjadi merah dan melepuh pada bahagian :
 - Vagina
 - Punggung
 - Dubur
 - Buah zakar
 - Penis
 
 ulser          pada penis- Ruam yang melepuh kemudiannya akan pecah mengeluarkan cecair atau darah dan akhirnya sembuh 2 hingga 4 minggu kemudian.
 - HSV 1 menyebabkan ruam/ulser pada mulut, bibir atau hidung.
 - Gejala seperti demam dan bengkak pada kelenjar limfa mungkin berlaku.
 
Apakah yang berlaku kemudian?
- Setelah ruam yang melepuh itu sembuh (samada dengan rawatan atau secara spontan), virus ini akan kekal berada dalam badan tetapi tidak aktif (dorman).
 - Apabila sistem pertahanan badan anda rendah, ia akan diaktifkan semula dan menyebabkan ulser yang sangat sakit dan menyiksa.
 - Sistem pertahanan badan kita rendah apabila :
 - Kita merasa penat/lesu dan stres
 - Kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat
 - Semasa haid
 - Episod ulser ulangan adalah kurang teruk dan sembuh dalam jangkamasa yang lebih pendek.
 
Bagaimana Herpes Genital dirawat?
- Setakat ini tiada ubat untuk Herpes Henital
 - Walau bagaimanapun doktor akan memberi anda ubatan antivirus untuk mengawal jangkitan ulangan dan merawat ulser/ruam yang melepuh
 
Apakah komplikasi jangkitan ini?
- Herpes Genital meningkatkan risiko jangkitan HIV
 - Jika jangkitan herpes aktif semasa proses kelahiran, bayi berisiko untuk dijangkiti penyakit
 - Jangkitan Herpes pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak), sawan dan kerosakan otak
 
Bolehkah kita mencegah Herpes Genital?
Herpes Genital dapat dicegah melalui :
- Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
 - Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
 - Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
 - Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Herpes Genital, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
 - Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
 
- Jika anda juga mengidap penyakit Herpes Genital pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
 
No comments:
Post a Comment