Apa  itu AIDS?
- AIDS  (Acquired Immunodeficiency Syndrome)  atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit  adalah satu penyakit yang  serius disebabkan oleh virus HIV (Human  Immunodeficiency Virus).
 

 Human          Immunodeficiency Virus (HIV)
- Apabila sistem pertahanan badan tidak   berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan,   menjadikan individu tersebut sakit teruk.
 
 Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?
HIV merosakkan sel pertahanan tubuh  badan yang dipanggil 'CD4  helper lymphocyte'  (Sel CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan  kepada sel-sel sistem  pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka  untuk melawan  organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4  dan  mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam  proses  ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan  jangkitan lain.  Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan  pelbagai jangkitan dan  boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu  contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh  melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
        
Kaitan antara paras CD4 dan peringkat penyakit
1. Peringkat Primer 
         Berlaku 2 - 4 minggu selepas jangkitan berlaku,  hanya 50% mempunyai simptom seperti: selsema,  kelenjar membengkak,  ruam pada badan, demam, hilang selera makan, hilang berat  badan,  berpeluh diwaktu malam, sakit kepal dan lesu. Berakhir kira-kira 1- 2   minggu.
Seroconversion (Window  period)    
         Bila virus memasuki  tubuh, sistem daya tahan badan akan  membentuk antibodi. Jangkamasa dari virus  masuk ke dalam badan hingga  mula nya terbentuk antibodi yang dapat dikesan oleh  ujian mengambil  masa 3 minggu hingga 6 bulan. Dalam waktu ini, pesakit boleh   menjangkitkan orang lain jika terus mengamalkan tingkahlaku berisiko
2. Peringkat Asimptomatik   
         Pesakit tiada tanda-tanda  dan gejala yang ketara. Individu  kelihatan seperti biasa dan nampak sihat.  Tempoh pengeraman : 5 hingga 8  tahun tetapi replikasi virus HIV  adalah berterusan. Risiko infeksi  tinggi  dan paras sel CD4 menurun berterusan. 
3. Peringkat Simptomatik   
         Pertahanan tubuh menjadi sangat  lemah dan hampir lumpuh. Gejala-gejala yang dihidapi adalah seperti :  - Kehilangan berat badan melebihi 10%
 
- Demam berpanjangan melebihi 3 bulan
 
- Cirit-birit berpanjangan
 
- Pembengkakan kelenjar
 
- Jangkitan kayap (multi-dermatomal)
 
4. Peringkat AIDS 
Ataupun “Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit”  merupakan  peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahap ini sistem daya  ketahanan  badan melawan jangkitan penyakit telah dilumpuhkan oleh virus HIV .  Paras CD4 < 200 sel
             
 oral candidiasis  |              esophageal                candidiasis |          
            fungal                infection      
                          (Penicillium Marneffei)  |              waisting |          
             herpes                simplex (HSV1) |              herpes                simplex(HSV2) |          
             psoriasis |              kaposi                sarcoma |          
             pulmonary                TB |                              toxoplasmosis |          
                             pneumocystis   carinii pneumonia |              
herpes zoster |          
Bagaimana anda dijangkiti HIV?
Anda boleh dijangkiti HIV jika  anda terdedah  dengan bendalir badan individu yang HIV positif. Bendalir badan  yang  boleh menyebarkan virus ini adalah : darah  , cecair faraj, air mani dan susu ibu . Bendalir yang dijangkiti ini boleh  merebak ke tubuh badan seseorang semasa :
- Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV       positif 
 
- Berkongsi jarum atau alat suntikan dengan individu       yang HIV positif 
 
- Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus        kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan  susu       ibu 
 

Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui  kegiatan seksual pasangan anda.
Buatlah  keputusan yang bijak dalam memilih pasangan. Pastikan jawapan kepada  soalan-soalan ini:           
- Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit       kelamin? 
 
- Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia       mempunyai pasangan lain? 
 
- Adakah       dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah? 
 
- Apakah       latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini? 
 
Dalam  pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :
- Adakah       anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya       yang lain? 
 
- Adakah       anda yakin status kesihatan anda? 
 
- Adakah       anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah? 
 
- Mungkinkah       anda perlu menjalani sebarang ujian darah? 
 
- Jika       anda juga mengidap jangkitan       seksual (STIs)  pada masa yang sama, anda berisiko tinggi       untuk mendapat  jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa       perlindungan.  Anda berhak dan bertanggungjawab meminta pasangan anda menggunakan        kondom bila mengadakan hubungan seks. Seorang wanita menghadapi  kemungkinan dijangkiti HIV tiga hingga       lapan kali lebih tinggi  daripada lelaki bila melakukan seks faraj tanpa 
 
 Bagaimana  jangkitan HIV dikesan?
Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian  darah akan  mengambil masa beberapa hari. Keputusan anda adalah sulit.  Anda juga boleh  mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut  mengenai jangkitan HIV dan  pencegahannya.
 Bolehkah ia dirawat?
Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat  dipulih  sepenuhnya. Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan   pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus  hidup  sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.
Sumber : http://jknns.moh.gov.my