...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Tuesday, May 24, 2011

Penyakit Ketuat Genital

Apakah itu Ketuat Genital?

Ketuat kemaluan disebabkan oleh virus yang digelar Human Papilloma Virus (HPV). Ianya boleh merebak melalui:
  • Hubungan seks (vagina, oral, dubur)
  • Dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran

 Apakah ciri-ciri Ketuat Genital?

Kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak mengalami sebarang tanda/gejala. Ketuat mungkin timbul 3 minggu hingga 3 bulan selepas terdedah dari jangkitan.
Ketuat ini:
  • Berwarna merah jambu atau berwarna kulit
  • Lembut
  • Mungkin timbul atau rata
  • Mungkin timbul secara berkumpulan atau bersendirian
Bagi wanita, ia tumbuh di bahagian vagina, dubur ataupun pangkal rahim/servik manakala bagi lelaki, ia tumbuh di bahagian penis ataupun buah zakar. Ketuat boleh kekal di dalam tubuh badan untuk jangkamasa yang panjang tanpa memberi sebarang masalah.

 Adakah kemungkinan untuk mendapat komplikasi?

Ya, jika tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih besar dan lebih banyak lagi.
Bagi wanita, ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.

 Bagaimana Ketuat Genital dirawat?

Ketuat mungkin hilang secara spontan. Jika jangkitan disyaki, buat pemeriksaan doktor. Doktor dapat mengesan kehadiran virus ketuat (HPV), walaupun tiada ketuat dengan membuat PAP smear bagi wanita. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan menggunakan ubat topikal khas yang disapu pada dikulit. Jika ketuat adalah besar, doktor boleh membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen atau terapi laser. Ketuat mungkin berulang jika HPV masih terdapat di bahagian kulit.

 Bolehkah Ketuat Genital dicegah?

Ketuat Genital boleh dicegah melalui :
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat. 



Sumber : http://jknns.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment