Apa itu Gonorea?
- Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.
- Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.
Bagaimana anda tahu seseorang itu mengidap Gonorea?
Pada remaja perempuan :
- Mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami gejala ringan sehinggalah penyakit ini menjadi lebih teruk
- Mereka mungkin merasa sakit ketika membuang air kecil atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari vagina/faraj
- Mereka mungkin mengalami pendarahan antara kitaran haid (Intermenstrual Bleeding)
- Jika jangkitan ini merebak ia akan mengakibatkan Penyakit Radangan Pelvik (PID).
Pada remaja lelaki :
Lelehan nanah dari penis
Lelehan nanah dari penis
- Mereka lebih mudah mengesan gejala penyakit :
- Merasa sakit ketika membuang air kecil
- Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan(nanah) dari salur kencing
- Gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi remaja perempuan gejala akan timbul lebih lambat lagi
Adakah ia mempunyai komplikasi yang teruk?
- Gonorea lebih bahaya jika tidak dirawat
- Bagi remaja perempuan, ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik (PID)
- Bagi remaja lelaki ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak
- Ia juga boleh mengakibatkan kemandulan disebabkan parut pada saluran pembiakan
Bolehkah Gonorea dirawat?
- Tentunya boleh
- Jika anda dan pasangan anda menghidap gonorea, dapatkan rawatan doktor
- Doktor akan mengambil cecair dari kemaluan untuk membuat analisa
- Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan untuk anda dan pasangan anda
- Pengambilan antibiotik boleh memulihkan anda tetapi ia tidak dapat mencegah anda dari dijangkiti Gonorrhoea lagi
- Anda boleh dijangkiti semula jika anda terdedah kepada jangkitan ini
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
- Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
- Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
No comments:
Post a Comment