Apa itu Herpes Genital?
- Jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2 (HSV 1 and 2)
- Kebanyakan disebabkan oleh HSV 2.
- HSV 1 disebar melalui :
- Berkongsi perkakas makan
- Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)
ulser di tepi bibir
- HSV 2 disebar melalui hubungan seks vagina ,oral atau dubur
ulser di tepi dubur
- Awas, virus ini masih boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.
- Setelah dijangkiti, virus ini akan kekal di dalam badan sehinggalah ia dirawat.
Bagaimana anda tahu anda dijangkiti herpes?
Sesetengah individu tidak menunjukkan sebarang gejala/tanda. Walau bagaimanapun sesetengah dari mereka mungkin mengalami gejala seperti :
- Gatal atau sakit yang berlaku setelah beberapa hari terdedah kepada virus.
- Kemudian menjadi ruam yang bertukar menjadi merah dan melepuh pada bahagian :
- Vagina
- Punggung
- Dubur
- Buah zakar
- Penis
ulser pada penis
- Ruam yang melepuh kemudiannya akan pecah mengeluarkan cecair atau darah dan akhirnya sembuh 2 hingga 4 minggu kemudian.
- HSV 1 menyebabkan ruam/ulser pada mulut, bibir atau hidung.
- Gejala seperti demam dan bengkak pada kelenjar limfa mungkin berlaku.
Apakah yang berlaku kemudian?
- Setelah ruam yang melepuh itu sembuh (samada dengan rawatan atau secara spontan), virus ini akan kekal berada dalam badan tetapi tidak aktif (dorman).
- Apabila sistem pertahanan badan anda rendah, ia akan diaktifkan semula dan menyebabkan ulser yang sangat sakit dan menyiksa.
- Sistem pertahanan badan kita rendah apabila :
- Kita merasa penat/lesu dan stres
- Kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat
- Semasa haid
- Episod ulser ulangan adalah kurang teruk dan sembuh dalam jangkamasa yang lebih pendek.
Bagaimana Herpes Genital dirawat?
- Setakat ini tiada ubat untuk Herpes Henital
- Walau bagaimanapun doktor akan memberi anda ubatan antivirus untuk mengawal jangkitan ulangan dan merawat ulser/ruam yang melepuh
Apakah komplikasi jangkitan ini?
- Herpes Genital meningkatkan risiko jangkitan HIV
- Jika jangkitan herpes aktif semasa proses kelahiran, bayi berisiko untuk dijangkiti penyakit
- Jangkitan Herpes pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak), sawan dan kerosakan otak
Bolehkah kita mencegah Herpes Genital?
Herpes Genital dapat dicegah melalui :
- Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
- Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
- Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
- Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Herpes Genital, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
- Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
- Jika anda juga mengidap penyakit Herpes Genital pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
No comments:
Post a Comment