Penggunaan kondom lelaki merangkumi langkah-langkah yang berikut:
- Jangan kendalikan dengan kuku jari yang tajam.
- Pakai pada zakar yang tegang dengan segera, dan pastikan sebelum sebarang sentuhan dengan faraj atau dubur; jika mungkin, sebelum sebarang sentuhan dengan badan pasangan.
- Untuk lelaki yang tidak bersunat, kondom paling bagus jika dipasang dengan kulit hujung ditarik. Ini memaksimumkan pergerakan dan mengurangkan kemungkinan koyak ketika melakukan hubungan.
- Tinggalkan sedikit ruang pada hujung kondom untuk menyimpan air mani: kebanyakan kondom mempunyai takungan pada hujung. Picit ketika memakai untuk mengelakkan buih udara yang boleh koyak kemudian nanti.
- Pelincir seksual berasaskan air boleh digunakan bersama kondom, tetapi pelincir berasaskan minyak tidak sepatutnya digunakan kerana ia melemahkan lateks dan menyebabkan ia koyak atau berlubang. Jika faraj pasangan wanita kering, pelincir perlu digunakan untuk mengurangkan geseran pada kondom.
- Untuk liwat, terdapat kondom lebih tebal dan tahan yang direka khas untuknya.
- Jangan sekali-kali menggunakan kondom selepas tarikh luput — ia mungkin kelihatan elok tetapi koyak kemudian. Walaupun sebelum tarikh luput, jangan bawa kondom dimana ia terdedah pada haba badan untuk tempoh masa yang lama — seperti dalam dompet (yang disimpan dalam poket) atau dalam poket secara langsung. Jangan simpan kondom dalam laci kereta kerana kepanasan akan melemahkan lateks.
- Zakar perlu dikeluarkan sebaik sahaja memancut; walaupun anda masih tegang, meninggalkannya bererti risiko yang tidak perlu.
- Apabila mengeluarkan zakar, pegangkan kondom pada pangkalnya agar tidak terlucut.
- Basuh tangan dan zakar sebelum sebarang sentuhan dengan pasangan.
- Kondom hanya untuk kegunaan satu kali sahaja. Jangan menggunakan kondom semula.
- Jika anda merasakan kondom biasa terlalu kecil ataupun besar, timbangkan penggunaan saiz khas atau kondom wanita.
- Cuba menggunakan kondom apabila anda berseorangan, dalam tempat yang terang agar dapat melihat apa yang anda lakukan, sebelum menggunakan kondom untuk kali pertama.
No comments:
Post a Comment