Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di bahagian yang melengkung). Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.
No comments:
Post a Comment