SELAIN mengancam kehidupan seksual anda, mati pucuk juga dilihat sebagai berkait rapat dengan beberapa masalah kesihatan.Kemampuan ereksi bukanlah petunjuk kepada kesihatan yang bak Namun sesuatu harus dilakukan apabila zakar gagal berereksi. la mungkin satu petanda bahawa anda mempunyai masalah kesihatan.
Penyakit yang biasa berkaitan dengan disfungsi erektil (ED) adalah masalah jantung, Menurut pakar urologi di Sexual Medicine Society di Amerika Syarikat, Ira Sharlip, setiap jenis penyakit kardiovaskular lebih cenderung berLaku kepada lelaki yang mengalami masalah disfungsi ereksi.
Ereksi bergantung pada aliran darah secara sihat ke bahagian zakar. Terdapat banyak penyakit yang mempengaruhi pembuluh darah sehingga mengganggu aliran darah ke zakar.Pengerasan arteri dan tekanan darah tinggi adalah dua faktor yang mampu mengganggu aliran darah ke zakar seterusnya akan mengganggu ereksi zakar. Apa pun ia tidak pula menunjukkan bahawa setiap orang yang mempunyai masalah jantung itu adalah mati pucuk atau sebaliknya.
Dalam peredaran darah yang sihat, hormon seksual testoteron juga penting untuk membolehkan zakar mencapai ereksi dan dorongan seksual. Bagi lelaki yang mengalami disfungsi erektil, mereka memiliki tahap testoteron yang rendah. Hal ini mungkin terjadi disebabkan ketidak normalan tiroid, masalah hati dan ketidaknormalan pada zakar itu sendiri.
Disfungsi erektil juga merupakan petunjuk jelas terhadap diabetes. Penghidap dibetes yang tidak menjaga takat gula dalarn darah boleh menyebabkan berlakunya kerosakan saraf neurophaty dan saraf-saraf genital. Menurut National Institute of Diabetes & Digestive & Kidney Diseases, 50 peratus daripada penghidap diabetes memiliki masalah neurophaty. Keadaan ini lazimnya berlaku kepada mereka yang telah berusia, obes dan penghidap tekanan darah tinggi.
Satu kajian yang dilakukan di Barat juga mendapati, lelaki yang berisiko sakit jantung seperti obesiti dan mempunyai kadar kolesterol tinggi lebih berkemungkinan untuk mengalami disfungsi erektil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kebanyakan para penyelidik bersetuju tentang wuiudnya hubungan antara mati pucuk dengan faktor-faktor risiko penyakit jantung sehinggakan pencegahan disfungsi erektil bererti mencegah penyakit jantung atau mungkin sebaliknya. Kajian itu turut disahkan oleh sekumpulan penyelidik dan disiarkan dalam Journal of the American College of Cardiology di mana tanda-tanda berlakunya disfungsi erektil turut dikaitkan dengan pertambahan usia, obesiti dan tahap kolesterol tinggi.
Sementara tabiat merokok pula adalah risiko paling biasa yang mendorong kepada masalah gangguan ereksi sementara tekanan darah tinggi dan tahap gula dalam darah pula tidak memiliki sebarang kaitan dengan gangguan ereksi.
Sebenarnya kehidupan seks yang baik tidak hanya melibatkan teknik semata-mata, namun menjaga pemikiran dan tubuh badan yang sihat juga mampu untuk meningkatkan kualiti di tempat tidur. Sesuailah dengan pendapat ramai pakar bahawa orang yang mempunyai kehidupan yang sihat dari segi mental dan fizikal juga memiliki kehidupan seks yang baik.
Semua ini boleh dikecapi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur di samping bersenam, mengurangkan stress, beristirahat dan tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya lapan jam.
Walaupun belum terdapat bukti untuk mengaitkan antara pola makanan yang seimbang dengan penampilan di ranjang, banyak kajian selama ini menunjukkan hasil yang positif. Daripada apa yang kita tahu atau fahami, mengambil makanan yang tidak seimbang sememangnya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mungkin menyebabkan impak negatif pada kehidupan seksual. Penyelidikan yang dibuat ke atas binatang menunjukkan ketinggian tahap kalori menyebabkan kurangnya kekebalan. Ini mengakibatkan penyakit mudah datang dan menjadi halangan besar untuk hubungan intim berkualiti.
Menurut American Council on Exercise (ACE), aktiviti olahraga adalah viagra semulajadi yang dapat meningkatkan sebenarnya kualiti seksual. Dianjurkan untuk bersenam selama 20 hingga 30 minit sehari. Lelaki dan wanita yang melakulkan senaman secara teratur memiliki keinginan seksual yang tinggi, meningkatkan kepercayaan diri, mampu mencapai orgasma dan kepuasan seksual yang lebih besar
Bagi kebanyakan orang, hubungan intim pasti memerlukan tenaga dan mood yang bak Walaupun tidak ada hubungan secara langsung antara tidur dengan kehidupan seks, Polling National Sleep Foundation (NSF) tahun 2002 mendapati mood seseorang dipengaruhi jurnlah tidur yang mereka perolehi. Individu yang tidur kurang daripada enam jam besar kemungkinan terdedah kepada masalah stress, sedih dan marah. Berbanding mereka yang tidur daripada lebih lapan jam sehari, mereka lebih segar dan berkeyakinan.
Organ paling penting dalam kehidupan manusia adalah otak. Dari otaklah segala bentuk tindakan dan perasaan diatur termasuk aktiviti seksual. Otak jugalah yang dapat mengawal seseorang agar sentiasa fokus kepada aktiviti di ranjang. Kehidupan seks memerlukan istirahat kerana tidak mungkin bagi kita untuk menikmati hubungan seks bila ada stress dan sibuk dengan pekerjaan.
No comments:
Post a Comment