...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Berbagai Petua Menjaga Prestasi Seks Anda


Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat.

Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.

Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering.

Buang air kecil dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

Jangan jima' di dalam air.

Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

Jangan cungkil gigi dengan semuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

Petua Seks Orang Melayu Zaman-Berzaman

Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan: 



1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllahisteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkankepada isterinya engkau dengan tenang.

2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatanyang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk.

5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya (kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki.

6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

Wednesday, June 22, 2011

Penjagaan Zakar


Urut untuk Memecahkan Lemak & Angin pada batang Zakar

Semasa bangun dari tidur: Selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawa.

Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angin dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.

Terdapat beberapa tujuan mengurut zakar :

bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin
untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang
tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci !
bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar - supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika perstubuhan
mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu - terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina
sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak


Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

Tuesday, May 24, 2011

Petua Menggunakan Kondom

bullet
Gunakan kondom yang bermutu baik.
bullet
Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.
bullet
Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
bullet
Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
bullet
Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.
bullet
Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
bullet
Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
bullet
Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda.
Sumber : http://www.ptfmalaysia.org

Wednesday, April 13, 2011

Rahsia Ubat Lemah Syahwat ...Tahan Lama


Bahan untuk amalan petua tahan lama

i. 3 biji telur ayam kampung

ii. 5 ulas bawang merah

iii. 5 ulas bawang putih

Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;

1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.

2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.

4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.

5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.

6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.

7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.

Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama.
Selamat Mencuba

Sumber :http://hotmedia2u.blogspot.com