...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Tuesday, July 05, 2011

Lelaki Buah Dada Besar


Ada lelaki yang buah dadanya besar. Ini boleh berpunca daripada keturunan atau baka ataupun disebabkan kegemukan yang mana lemak memenuhi dada menyebabkan dada kelihatan besar macam perempuan. Menambah kepada masalah lagi jika lelaki tersebut menguruskan badan tapi dada masih tetap besar.

Lelaki mempunyai buah dada besar boleh berpunca daripada pengambilan ubat tertentu seperti ubat gastrik 'cimetedine' bagi jangka masa yang lama. Selain itu lelaki yang suka minum air beralkohol dan ada kerosakan hati juga boleh menjadi punca dada membesar. Tetapi, semua ini jarang-jarang berlaku.
 


Kanser buah zakar juga boleh menyumbang kepada pembesaran buah dada lelaki. Namun ini jarang terjadi. Kemungkinan terjadi kanser buah zakar ialah kurang satu kes dalam 100,000 dalam setahun. Kadangkala, kanser itu kecil dan tidak memberi apa-apa perubahan, kecuali pembesaran buah dada.

Pengambilan hormon membina badan seperti 'anabolic steroid' atau 'testosterone' oleh mereka yang membina badan, mendapati dada mereka membesar. Ini kerana, pengambilan kedua-dua hormon tadi mungkin bertukar kepada hormon estrogen dalam badan seterusnya merangsang pembesaran buah dada.



Punca lain dada lelaki membesar ialah akibat kekurangan hormon semula jadi lelaki iaitu testosterone atau dipanggil masalah hipogonadisme dan juga masalah kebakaan yang dikenali sebagai sindrom "Kleinfelter" yang mana kromosom (baka seks) lelaki tersebut XXY berbeza dengan yang normal iaitu kromosom lelaki ialah XY.
 
Untuk mengurangkan pembesaran buah dada lelaki, hormon itu perlu diganti. Dengan cara ini otot badannya akan terbina dan lemaknya akan menyusut seterusnya buah dada akan mengecil.

Maka penting bagi lelaki yang mengalami masalah buah dada besar atau ‘gynecomazia’ berjumpa doktor untuk pengesahan dan menjalani pemeriksaan sewajarnya.

Jika tiada jalan lain, cara yang berkesan ialah menjalani pembedahan mengecilkan buah dada. Kos pembedahan itu antara RM3,000 hingga RM6,000.



Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment