...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Monday, November 22, 2010

Asal Usul HIV

Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/AIDS#Asal_usul_HIV

No comments:

Post a Comment