...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Sunday, March 06, 2011

Mimpi Seks Atau Mimpi Basah (Wet Dream)


Hampir semua lelaki pernah mengalami mimpi seks atau mimpi basah. Bermula pada umur 14 atau 15 tahun sampai umur 50 tahun. Pada saat tidur, lelaki biasanya bermimpi sedang berciuman, berpelukan dan kemudian berusaha melakukan hubungan seks, dan tiba-tiba mencapai puncaknya dan memancutkan air mani yang kemudian terbangun dan merasa seluarnya basah. 

Frekuensi mimpi seks (wetdream) tidak sama pada setiap orang dan setiap peringkat umur. Ada yang satu kali dalam dua hari atau satu kali dalam tiga hari, umumnya paling sedikit satu kali seminggu. 
Lelaki muda sangat sering bermimpi seks. Makin bertambah umur seorang lelaki makin jarang dia bermimpi seks. Apalagi jika sering melancap misalnya sekali dalam dua hari, biasanya selepas melancap malamnya tidak bermimpi seks lagi. Tetapi esoknya kemungkinan besar akan mendapat mimpi seks lagi.

Pada lelaki yang sudah menikah, mimpi seks boleh terjadi jika dalam 3 hari tidak melakukan hubungan seks. Ada yang mengalami lebih jarang dan ada yang lebih kerap Keadaan itulah tanda yang sihat seksual. 

Di dalam mimpi, zakar dirasakan mengalami ereksi (tegang), tetapi seberapa kuat ereksi zakar ketika mimpi, sukar diketahui. Waktu mimpi seks sangat singkat antara bercumbu dan melakukan hubungan seks di dalam mimpi. Lagi pun pada waktu bermimpi orang sedang tidur, hanya dalam mimpi terasa ereksi lalu melakukan hubungan dan memancutkan air mani Tetapi berapa kuat ereksinya, tidak pernah benar-benar boleh disedari pada waktu itu. semua lelaki menikmati mimpi seks karena itu sesuatu kenikmatan yang tinggi dan kadang-kadang sesuatu hiburan bila kebetulan tidak ada pasangan.

Mungkin kita boleh membuat kajian terhadap rakan untuk mengetahui tahap ereksi zakar ketika mimpi seks. Tapi boleh ke kajian kita selesai kalau setiap kali zakar rakan kita itu ereksi ketika tidur akan disudahi dengan pancutan air maninya di dalam kondom ? Fikirkan la ye...

Aware 2 Swear

Monday, February 14, 2011

Tekanan Mati Pucuk


JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.

Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana ada buah zakar kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).

Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.

Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.

Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.

Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.

Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.

Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

Zakar yang tidak erek pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Sumber : http://hotmedia2u.blogspot.com

Aware 2 Swear




Monday, January 31, 2011

Petua Untuk Kesihatan Tenaga Batin Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta-merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum ais kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu apabila mengadakan hubungan seks. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika melakukan hubungan seks.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari melakukan hubungan seks lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan melakukan hubungan seks di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas melakukan hubungan seks, rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Aware 2 Swear



Tuesday, January 11, 2011

Air Mani VS Air Panas


Lelaki yang suka mandi berendam dalam air panas melebihi 30 minit seminggu, disaran menghentikannya kerana ia boleh menjejaskan kesuburan selama beberapa bulan!

la bukanlah cakap kosong. Kajian oleh penyelidik dari Universiti Caiifornia, San Fransisco, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa amalan ini telah menurunkan kesuburan lelaki sehingga 491 peratus.

Bagaimanapun, kesan mandian air panas itu boleh kernbali ke tahap normal. Ini kerana, kajian itu juga mendapati selepas tiga hingga enam bulan lelaki yang menjadi sampel. Kajian tidak mandi berendam dalam air panas, tahap pergerakan sperma meningkat di antara 12 hingga 34 peratus.

Hal ini dipercayai berlaku kerana sperma dikatakan berkembang dengan baik dalam persekitaran lebih sejuk. Oleh itu, suhu air panas hanya akan menjejaskan kesuburan lelaki.

Sumber : http://tipspetua.blogspot.com

Saturday, January 08, 2011

Aware 2 Swear





Friday, December 17, 2010

Aware 2 Swear

Rupa Virus HIV







3 Langkah Asas Bagaimana Meletak Azam Untuk Tahun 2011

Tahun 2010 tinggal 2 minggu saja lagi. Pada saat ni, pasti Anda sedang memikirkan azam baru, atau mungkin merancang mahu meneruskan azam lama.
Untuk itu, berikut adalah 3 langkah asas bagaimana meletak azam tahun 2011.

1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.
Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama.  Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2009, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.

2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)

Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.

3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.

Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2011? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2011? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2011 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.

Kunci pada pencapaian azam adalah usaha. Usaha, usaha, usaha!

Sumber : http://www.imotivasi.com/

Thursday, December 16, 2010

Aware 2 Swear

Kesan Buruk Melancap Dan Blowjob Bagi Lelaki

Onani : Lelaki
Onani atau ditakrifkan sebagai melancap, suatu keadaan yang mesti dilalui oleh semua lelaki menjelang dewasa untuk melepaskan syahwat. Selain itu, melancap juga boleh mengakibatkan kehilangan tenaga, zat dan nutrien dari tubuh.

Ada pelbagai alasan mengapa melancap tidak sihat, salah satunya ialah Foot Reflexology. Adakah anda kenal dengan sistem urat saraf tapak kaki tersebut?. Jika anda sudah kenal, bermakna anda tahu bahawa bahagian tapak kaki mengandungi dan meridian urat saraf yang dapat menghubungkan dengan pelbagai bahagian badan. Adakah anda tahu anda akan dapat memberi tenaga kepada organ berkaitan dengan hanya mengurut tapak kaki. Untuk pengetahuan anda, bukan tapak kaki sahaja yang ada takat reflexology yang berkaitan dengan organ tetapi zakar juga ada.

Zon jantung zakar @ kepala zakar adalah tempat yang paling mudah dan paling sensitif dirangsang untuk mencapai nikmat orgasma. Sewaktu melancap zon beginilah yang paling mudah mendapat rangsangan jika dibandingkan dengan zon-zon lain. Bermakna rangsangan yang banyak ke atas organ berkenaan, jantung, ketidakseimbangan jantung akan disebarkan oleh tenaga dalaman.

Masturbation_mainLarge_Dec0108

Blowjob
Ada satu kisah mengenai sepasang suami isteri dimana si suami mengalami satu masalah iaitu serangan penyakit jantung. Lalu pasangan suami isteri tersebut menemui tabib tetapi pasangan tersebut dihantar ke hospital secara langsung lalu dia dihantar pulang kerana setelah semasa kakitangan memeriksa, mereka merasakan tiada apa-apa salah dengan si suami tersebut. Pasangan tersebut merasakan sesuatu yang tidak kena. Lalu mereka menemui tabib tersebut untuk mendapatkan penyelesaian masalah tersebut.

Tabib pun terus bertanya kepada mereka tentang serangan sakit jantung, iaitu jam berapa serangan itu terjadi dan apa yang mereka lakukan semasa serangan itu terjadi. Mereka menjawab bahawa ia terjadi dalam pukul 9 malam dan mereka juga memberitahu tabib tersebut bahawa mereka sedang berasmara berkali-kali pada waktu itu.
“Bagaimana cara anda berasmara”? tanya tabib tersebut. Pasangan tersebut berpendapat mereka tidak perlu memberitahu secara terperinci dan hanya menjawab bahawa mereka hanyalah bersetubuh ( Untuk pengetahuan anda, perasaan mego dan malu akan sentiasa menyukarkan proses pemulihan kesihatan ). Lalu tabib itu menjelaskan bahawa die mesti mengetahui sebenar-benarnya bagaimana mereka berasmara, pada mulanya wanita itu agak segan dan malu. Setelah ditekan dan didesak oleh tabib itu sehingga wanita tersebut menggelabah, wanita itu akhirnya mengakui hal sebenar bahawa dia melakukan aktiviti menghisap dan menjilat kepala zakar lalu tiba-tiba satu serangan iaitu serangan penyakit jantung menyerang suaminya.
Tabib itu menjelaskan kelemahan daripada menghisap kepala zakar, wanita itu telah merangsang paru-paru dan jantung suaminya. Rangsangan seperti itu telah melepasi had yang boleh dikendalikan si suami dan tabib tersebut menasihati supaya jangan mengulangi lagi.
Rupa-rupanya, serangan sakit jantung yang disangkakan itu adalah tidak benar tetapi adalah degupan yang dilajukan oleh urutan reflexology dimana ketika itu si isteri menghisap dan menjilat kepala zakar suaminya itu. Kesan ketidakseimbangan pada atas organ yang berkenaan ialah paru-paru dan jantung.

Rangsangan zakar perlulah seimbang dan sangat bahaya jika ia tidak diseimbangkan. Elakkan menggunakan rangsangan sangat banyak di zakar dan peliharakan keseimbangannya. Setiap orang pasti berbeza, anda mestilah tahu apakah jumlah ransangan yang baik untuk anda supaya tidak berlaku ransangan terlalu banyak.
Elakkan melancap dengan secara yang tidak dapat dikawal, ia dapat menjadi sesuatu yang sangat bahaya. Semasa melancap kebanyakan lelaki lebih tertumpu pada kawasan khusus zakar, kawasan ini yang ada kebanyakan erotogenic. Lelaki ini juga merangsang hanya sesetengah tempat di badan sahaja dengan melalui rangsangan yang mana tumpuannya pada satu zon tertentu reflexology.

Semasa melancap, perhatian kepada seluruh kepala, zakar dan batang harus diberikan. Keseimbangan yang diberikan semasa melancap dpat menghidari dari merosakkan tubung, kecuali jika mengeluarkan mani.
Apabila mani dikeluarkan, tenaga, bahan penting, dan nutrien akan hilang. Sangat merbahaya jika mengeluarkan mani secara berlebihan. Dengan kehilangan begitu banyak tenaga, anda tidak akan dapat kekal sihat dan risiko untuk mati awal.

Ramai yang tidak perasan kesan daripada melancap berlebihan dapat memendekkan jangka hayat. Melancap adalah satu kenyataan saintifik dan mesti difahami dengan matang.
Cara untuk membezakan lelaki yang melancap berlebihan dengan lelaki yang melancap secara teratur adalah dengan membezakan warna kulit mereka, lelaki yang melancap berlebihan biasanya warnanya sangat pudar. Kesan akibat kehabisan tenaga, mata mereka sering malap, pendapat mereka amat perlahan dan kurang cita-cita serta selalu tertekan akibatnya melancap secara berlebihan.

Berdasarkan cerita nenek moyang, kehilangan ingatan, kebutaan dan masalah akal akibat daripada melancap. Kehilangan tenaga batin yang banyak dapat melejaskan kelenjar pituitary dimana bersangkut paut dengan fungsi ingatan dan menjejaskan kadar metabolism dan edaran dara akibat kelemahan tubuh dalam dan luaran.
Kepercayaan Tao lama dengan mengamalkan kaedah reflexology iaitu urut ke atas zakar. Urut reflexology juga dilakukan untuk kepuasan tapi dengan satu syarat iaitu tidak mengeluarkan cecair yang dipanggil air mani!!

sumber : http://www.isteripuas.com

Monday, December 06, 2010

Aware 2 Swear

Hari AIDS Sedunia 2010