Ini amat berguna untuk lelaki yang menghadapi masalah dalam perhubungan seks. Seringkali lelaki, khususnya Melayu memancutkan mani sebelum isteri mencapai klimaks. Beberapa petua telah dikutip dan boleh digunakan. Walaubagaimanapun, petua ini tidak sesuai bagi lelaki normal ketahanannya kerana ini akan melewatkan pancutan bila mana masa keluar mani sudah sepatutnya tiba. Ini boleh memudaratkan diri dan pasangan anda.
1. Dapatkan gambir kudat (boleh dibeli di kedai-kedai ubat) dengan sedikit air dan kemudian sapu pada zakar. Memadai menyapunya di bahagian kepala zakar sahaja. Usah sapu terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat lama. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum perhubungan seks.
1. Dapatkan gambir kudat (boleh dibeli di kedai-kedai ubat) dengan sedikit air dan kemudian sapu pada zakar. Memadai menyapunya di bahagian kepala zakar sahaja. Usah sapu terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat lama. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum perhubungan seks.
2. Sediakan 10 butir biji kapas dan 1 sudu minyak jarak. Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan selama 5 hingga 8 minit sebelum perhubungan seks.
3. Ambil sedikit kacang lulai hitam ( biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan antara 5 sehingga 8 minit sebelum perhubungan seks.
4. Ambil hempedu kambing atau ayam jantan yang baru disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan diantara 5 hingga 8 minit sebelum perhubungan seks.
5. Ambil darah kelawar, gosok pada kedua tapak kaki hingga kering darah itu. Basuhlah hingga bersih. Selepas itu adakan perhubungan seks.
6. Ambil kuning telur, bubuh seulas bawang merah, seulas bawang putih, campurkan sedikit air. Jerangkan sehingga mendidih. Minum pada waktu Asar sebelum makan petang.
7. Ambil hempedu ayam jantan. Gosokkan di sekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum perhubungan seks.
8. Ambil secawan bawang merah, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani. Dengan pekatan air mani maka ia akan melewatkan pancutan.
9. Ambil limau purut dan lada sulah, pipis sehingga halus. Makan semasa mahu melakukan hubungan seks.
10. Makan hati kambing yang telah dikasi. Ianya dikatakan dapat membolehkan kita lewat mengeluarkan mani.
No comments:
Post a Comment