...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Monday, January 31, 2011

Petua Untuk Kesihatan Tenaga Batin Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta-merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum ais kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu apabila mengadakan hubungan seks. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika melakukan hubungan seks.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari melakukan hubungan seks lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan melakukan hubungan seks di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas melakukan hubungan seks, rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Aware 2 Swear



Tuesday, January 11, 2011

Air Mani VS Air Panas


Lelaki yang suka mandi berendam dalam air panas melebihi 30 minit seminggu, disaran menghentikannya kerana ia boleh menjejaskan kesuburan selama beberapa bulan!

la bukanlah cakap kosong. Kajian oleh penyelidik dari Universiti Caiifornia, San Fransisco, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa amalan ini telah menurunkan kesuburan lelaki sehingga 491 peratus.

Bagaimanapun, kesan mandian air panas itu boleh kernbali ke tahap normal. Ini kerana, kajian itu juga mendapati selepas tiga hingga enam bulan lelaki yang menjadi sampel. Kajian tidak mandi berendam dalam air panas, tahap pergerakan sperma meningkat di antara 12 hingga 34 peratus.

Hal ini dipercayai berlaku kerana sperma dikatakan berkembang dengan baik dalam persekitaran lebih sejuk. Oleh itu, suhu air panas hanya akan menjejaskan kesuburan lelaki.

Sumber : http://tipspetua.blogspot.com

Saturday, January 08, 2011

Aware 2 Swear