...tiada istilah peluang tertutup selagi kita masih hidup...

...it's all about loving yourself...

Stop AIDS! Keep The Promise

GET TESTED. GET TREATED.
JALANI UJIAN. MANFAATKAN RAWATAN.

Tuesday, November 23, 2010

Jenis Kondom & Cara Memilihnya

  • Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.
  • Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.
  • Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan.
  • Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.
  • Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa. Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di”stretch” untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.
  • Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau “British Standard Kite Mark)
  • Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau chocolate.
  • Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
Sumber : http://tipskahwin.com

Kondom Wanita

Baru-baru ini, kondom wanita telah disediakan. Kondom wanita lebih besar daripada kondom lelaki dan mempunyai mulut berbentuk cecincin yang keras. Ia direka untuk memasukkan ke dalam faraj. Kondom wanita juga mengandungi cecincin dalaman yang memastikan bahawa kondom tidak lari sewaktu di dalam faraj. Pemasukan kondom wanita memerlukan pemicitan cecincin dalaman itu.


Jualan untuk kondom wanita amat mengecewakan. Oleh sebab itu, ia tidak mudah didapati seperti pada waktu pelancarannya. Sebab-sebab untuk jualan yang buruk mungkin termasuk keperluannya mempelajari pemasukan kondom wanita, satu kemahiran yang payah dilatih lebih dahulu oleh lelaki yang tiada pasangan. Sebab yang kedua ialah bunyi kosak-kosek sewaktu bersetubuh. Jenis kondom ini diperbuat daripada poliuretana.

Arahan-arahan untuk kegunaan kondom wanita juga berlainan berbanding arahan untuk kegunaan kondom lelaki. Kondom wanita direka untuk dimasukkan dan bukannya untuk dipakai secara ketat pada zakar.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kondom

Panduan Penggunaan Kondom

Penggunaan kondom lelaki merangkumi langkah-langkah yang berikut:
  • Jangan kendalikan dengan kuku jari yang tajam.
  • Pakai pada zakar yang tegang dengan segera, dan pastikan sebelum sebarang sentuhan dengan faraj atau dubur; jika mungkin, sebelum sebarang sentuhan dengan badan pasangan.
  • Untuk lelaki yang tidak bersunat, kondom paling bagus jika dipasang dengan kulit hujung ditarik. Ini memaksimumkan pergerakan dan mengurangkan kemungkinan koyak ketika melakukan hubungan.
  • Tinggalkan sedikit ruang pada hujung kondom untuk menyimpan air mani: kebanyakan kondom mempunyai takungan pada hujung. Picit ketika memakai untuk mengelakkan buih udara yang boleh koyak kemudian nanti.
  • Pelincir seksual berasaskan air boleh digunakan bersama kondom, tetapi pelincir berasaskan minyak tidak sepatutnya digunakan kerana ia melemahkan lateks dan menyebabkan ia koyak atau berlubang. Jika faraj pasangan wanita kering, pelincir perlu digunakan untuk mengurangkan geseran pada kondom.
  • Untuk liwat, terdapat kondom lebih tebal dan tahan yang direka khas untuknya.
  • Jangan sekali-kali menggunakan kondom selepas tarikh luput — ia mungkin kelihatan elok tetapi koyak kemudian. Walaupun sebelum tarikh luput, jangan bawa kondom dimana ia terdedah pada haba badan untuk tempoh masa yang lama — seperti dalam dompet (yang disimpan dalam poket) atau dalam poket secara langsung. Jangan simpan kondom dalam laci kereta kerana kepanasan akan melemahkan lateks.
  • Zakar perlu dikeluarkan sebaik sahaja memancut; walaupun anda masih tegang, meninggalkannya bererti risiko yang tidak perlu.
  • Apabila mengeluarkan zakar, pegangkan kondom pada pangkalnya agar tidak terlucut.
  • Basuh tangan dan zakar sebelum sebarang sentuhan dengan pasangan.
  • Kondom hanya untuk kegunaan satu kali sahaja. Jangan menggunakan kondom semula.
  • Jika anda merasakan kondom biasa terlalu kecil ataupun besar, timbangkan penggunaan saiz khas atau kondom wanita.
  • Cuba menggunakan kondom apabila anda berseorangan, dalam tempat yang terang agar dapat melihat apa yang anda lakukan, sebelum menggunakan kondom untuk kali pertama.
Memasang kondom wanita membabitkan yang berikut:
  1. Periksa tarikh lupus pada pembalut kondom: Kondom mempunyai nombor tarikh lupus dan nombor bungkusan. Jangan gunakan kondom yang lupus tarikh.
  2. Berhati-hati, buka pembalut satu bahagian sahaja. Berhati-hati dan jangan rosakkan kondom dengan benda tajam.
  3. Picit dengan cermat hujung kondom untuk membuang udara yang terperangkap di dalam kondom. Poket udara boleh menyebabkan kondom koyak.
  4. Letakkan kondom yang masih bergulung pada hujung zakar. Pastikan ia dibuka pada hala yang betul sebelum menggunakannya.
  5. Buka gulungan kondom sepenuhnya pada batang zakar. Ia hanya dibuka satu arah — pastikan arah yang betul sebelum kondom mencecah hujung zakar.
  6. Pastikan kondom tidak longgar atau tanggal.
Kondom terdapat dalam pelbagai warna.
 
Kesemua bungkus kondom mempunyai arahan, dan mungkin mempunyai arahan tambahan; pastikan anda membaca arahan ini sekiranya anda tidak pernah menggunakan kondom sebelum ini.
Sesetengah lelaki yang merasakan saiz kondom tertentu sukar digunakan kerana terlalu kecil telah melaporkan bahawa mereka membuka separuh kondom, meregangkannya dengan kedua jari telunjuk, memasukkan zakar (meminta pasangan mereka mengeluarkan udara dari hujung kondom), mengalih jari dan mengenakannya. Cara ini tidak digalakkan kerana kuku boleh terkena kondom. Pertimbangkan untuk membeli kondom yang lebih besar.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kondom

Sejarah Kondom

Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis dan AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj atau dubur. Kondom pertama diperbuat daripada urat perut haiwan (babi). Pada masa sekarang, kondom hampir keseluruhannya diperbuat daripada lateks.

Cubaan pertama menghasilkan kondom membabitkan fabrik tenun yang sudah pastinya tidak berkesan. Kondom berkesan yang pertama diperbuat daripada perut biri-biri atau membran haiwan lain. Ia masih terdapat pada masa kini kerana keupayaan mereka mengalirkan kehangadan badan dan deria sentuhan, tetapi ia tidak berkesan untuk menghalang kehamilan dan penyakit sebaik kondom sintetik. Apabila kondom lateks mula dihasilkan, ia merupakan kejayaan dari segi keberkesanan dan mampu dimiliki. Bagaimanapun, sebelum pertengahan abad ke-20, banyak tempat mengharamkan penjualan kondom, dan selanjutnya membenarkan penjualan "hanya untuk pencegahan penyakit". Sering kali ia terdapat disesuatu tempat diberitahu kepada pengguna secara tidak langsung, seperti iklan untuk "getah span". Salah satu jenama kondom awal dipanggil "Tingkap Ria - Merry Windows".
  

Kondom yang diperbuat daripada kulit haiwan sekitar 1900.
Kondom lateks dibungkus dalam bentuk bergulung, dan direka untuk dipasangkan pada hujung zakar dan digulung menyelitupi zakar yang tegang. Kondom mempunyai "belah betul" dan "belah salah" apabila digulung, dan perkara pertama pengguna perlu menentukan adalah sebelah yang betul sebelum cuba memakainya. Sebarang sentuhan dengan zakar pada belah kondom yang salah akan mencemar kondom dengan cecair benih, dan dalam kes ini, kondom tersebut perlu dibuang dan kondom yang lain digunakan.

Kondom lateks awal semuanya sama, kecuali sesetengah kondom lateks akhirnya mempunyai hujung simpanan bagi menyimpan cecair yang dipancutkan. Salah satu ciptaan awal, "tutup pendek" hanya menutup kepala zakar. Ia gagal teruk bagi mengurangkan penyebaran penyakit dan kehamilan.

Walau bagaimanapun pada abad terkini, pengilang telah menghasilkan pelbagai saiz, warna, dan bentuk kondom, termasuk yang mempunyai perasa dan yang mempunyai ciri-ciri perangsang. Ciri-ciri perangsang tersebut termasuk hujung yang lebih besar atau poket untuk memudahkan menerima kepala zakar dan permukaan bertekstur seperti alur atau bonggolan kecil. Kebanyakan kondom mempunyai tambahan pelincir spermisid, tetapi ia bukanlah pengganti yang berkesan bagi penggunaan spermisid tambahan. Satu kaedah untuk menguji adakah wujudnya lubang mikroskopik pada kondom meliputi perletakan kondom di antara dua pengalir. Jika kondom itu tidak mencegah arus elektrik daripada pengaliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain, kondom itu dianggap mengandungi lubang. Kebenaran kebanyakan cerita-cerita mengenai lubang dalam kondom diragui jika cara memegangnya dipatuhi.

Kondom yang diperbuat daripada bahan semulajadi (seperti yang dilabel "kulit kambing", diperbuat dari usus kecil biri-biri tidak sebegitu berkesan bagi menghalang penyebaran penyakit. Beberapa syarikat hari ini turut menghasilkan kondom yang diperbuat daripada polietilena dan poliuretana, yang dijangka serasi dengan pelincir berasas minyak. Kondom-kondom ini juga boleh diguna oleh mereka yang menghidapi alergi lateks.
Sebagai satu kaedah pencegah kehamilan, kondom mempunyai kelebihan sebagai mempunyai hampir tiada kesan sampingan, dan menawarkan perlindungan terhadap penyakit bawaan seksual. Terdapat paradoks bagi penggunaan kondom sebagai pencegah kehamilan: keberkesanan kondom secara teori amat tinggi, tetapi keberkesanan sebenarnya agak rendah. Ini adalah kerana ramai orang gagal mengikuti dengan teliti tatacara sebenar penggunaan kondom. Tambahan lagi, soalselidik menunjukkan ramai pengguna tidak tahu cara memakai yang betul, menyebabkan koyak atau terlucut.

Pada kendirinya, kondom hanyalah serdahana bolah diharapkan, tetapi apabila digabungkan dengan spermisid, keberkesanannya setanding dengan kaedah pencegah kehamilan yang lain.
Antara kelemahan kondom yang disenaraikan adalah memakainya mengganggu hubungan intim. Sesetengah orang mendapati ia menghadkan kenikmatan kerana ia menghilangkan sentuhan kulit dan mengurangkan perangsangan deria; bagaimanapun, seseorang wanita boleh menyelesaikan masalah ini dengan melatih otot faraj, khususnya "pubococcygeus".

Kebanyakan kegagalan kondom disebabkan salah guna. Ini mendorong sesetengah penyelidik meminta pendidikan seks yang lebih awal dan lebih jelas, tetapi usaha sedemikian ditentang oleh kumpulan keagamaan yang berasa bahawa penjelasan mengenai penggunaan kondom dan cara pencegah kehamilan yang lain kepada remaja akan menggalakkan tabiat sedemikian.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kondom

Panduan Menggunakan Kondom

Kondom dipasang semasa zakar tegang, dan sebelum melakukan hubungan seks. 
 

 Koyak pembungkus kondom pada sisi paket, jangan koyak mengarah ke dalam kondom (mengoyak ke arah tengah). 


Udara yang masuk tersimpan di dalam kondom dapat merosak kondom. Untuk menghindarinya, tekan pada ujung kondom dengan jari, dan pasangkan kondom ke zakar yang sedang tegang. Pastikan gulungan kondom berada di sisi luar.


Sambil menekan ujung kondom, gunakan tangan anda yang lain untuk membuka gulungan kondom secara perlahan ke arah pangkal zakar. Pastikan posisi kondom tidak berubah-ubah semasa hubungan seks, jika kondom bergulung semula ketika mengadakan hubungan seks, tarik kembali gulungan ke pangkal zakar.
 

Segera setelah ejakulasi, gengam zakar yang masih tegang, kemudian lepaskan kondom ketika zakar telah digenggam sepenuhnya. Hindarkan tersentuh zakar dan kondom dari pasangan anda.


Buang kondom yang telah digunakan secara baik, bungkus kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah (jangan dibuang ke dalam tandas kerana akan menyebabkan tandas tersumbat).

Monday, November 22, 2010

Aware 2 Swear

Khatan dan kesannya

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya di Afrika, terdapat penemuan bahawa berkhatan mengurangkan kadar penyebaran AIDS dan barah pangkal rahim. Bagaimanapun berkhatan tidak menghapuskan risiko tersebut 100%. Hasil kajian tersebut turut diiktiraf oleh program Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNAIDS hasil 3 kajian klinikal yang membuktikan lelaki yang berkhatan mempunyai 50% hingga 60% kurang risiko berbanding lelaki tidak berkhatan bagi dijangkiti HIV semasa hubungan seks berkelamin (tidak termasuk hubungan gay). Sebaliknya sesetengah pejuang hak wanita pula mendakwa ia mampu memburukkan kadar penularan dikalangan wanita. Sebahagian yang lain pula merasakan berkhatan tidak memberi kesan kepada penyebaran AIDS, bagaimanapun tidak tanpa bukti kajian klinikal bagi menyokong dakwaan mereka.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/AIDS#Asal_usul_HIV

Aware 2 Swear

Cara sebaran HIV

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/AIDS#Asal_usul_HIV

Aware 2 Swear

Tanda-Tanda Seseorang Yang Positif HIV

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.
CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/AIDS#Asal_usul_HIV

Aware 2 Swear

Bagaimana HIV Bertindak Ke Atas Badan

Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/AIDS#Asal_usul_HIV

Aware 2 Swear

Asal Usul HIV

Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/AIDS#Asal_usul_HIV

Saturday, November 20, 2010

Aware 2 Swear

Monday, November 15, 2010

Aware 2 Swear

Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia











Tuesday, November 02, 2010

Permulaan Sebuah Perjalanan

Salam 1 Malaysia

soPLUSH adalah Society Of Positive Living United To stop HIV/AIDS atau Pertubuhan Kehidupan Positif Bersatu Untuk Menghentikan HIV/AIDS.

Wujudnya soPLUSH adalah sebagai memberi peluang dan ruang kepada semua orang untuk terlibat dalam aktiviti kesedaran HIV/AIDS.

Terus ikuti kami di blog ini untuk pelbagai info.

We welcome all to join us. Thanks for your support.

We welcome any comment / suggestion.

Stop AIDS. Keep The Promise. soPLUSH